Lancar Buku Bahasa Korea, Islam Diterima

Salam/Anyeong…

Berjumpa kita sekali lagi pada minggu ini. Terima kasih Oppa ucapkan buat semua yang setiasa membaca coretan diari Oppa di Korea ini. 

Syukur…. walaupun jadual Oppa makin padat, Oppa masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi cerita dan menjawab soalan dari peminat.

Oppa harap, persoalan yang berbangkit sebelum ini sudah pun terjawab dalam coretan lalu. Sepanjang minggu lalu, rutin Oppa masih lagi sama. Berlatih, belajar bahasa Korea dan mesyuarat berjumpa dengan pelbagai syarikat Korea. Yang berubah cumalah cuaca di sini. Oppa juga diberi kesempatan sekali lagi untuk mengikuti program bersama anak yatim di Korea. Aktiviti kali ini ialah berbasikal dan picnic bersama mereka. 

 Antara lakaran buku belajar bahasa korea yang dibuat oleh hyunmin dan sahabatnya.
Antara lakaran buku belajar bahasa korea yang dibuat oleh hyunmin dan sahabatnya.

Sebenarnya, ini kali kedua Oppa ikuti aktiviti ini. Tahun lalu, aktiviti seperti ini telah dianjurkan di lokasi yang sama. Memang seronok dan Oppa juga berpeluang bermain Kriket bersama anak-anak yatim. Walaupun tidak berapa mahir, tapi Oppa cuba bermain untuk menghiburkan hati mereka. Seperti yang Oppa maklumkan sebelum ini, Oppa bakal terlibat dengan pelancaran produk buatan Korea di sini. Bagaimanapun, Oppa masih belum boleh beritahu apa produk berkenaan.Mungkin kepada anda yang mengikuti laman Instagram Oppa iaitu Hyunmin_A, anda semua sudah tahu simbol atau logo yang telah dikongsikan di situ. 

Oppa sangat teruja dengan pelancaran produk berkenaan. Ianya kerana, produk berkenaan sangat berguna kepada anda semua. Tidak kiralah umur, saiz atau pun jantina. Yang penting 100% rahsia dari Korea untuk mereka yang menggemari budaya Korea. 

Yang pastinya, Oppa akan melancarkan buku belajar bahasa Korea dalam bahasa Inggeris dan Melayu dalam waktu terdekat ini. Buku ini merupakan hasil buah tangan Oppa bersama sahabat Oppa. Selain bahasa, Oppa juga ada membuat lakaran kartun dalam buku tersebut.Minggu ini, Oppa mahu menjawab soalan dari peminat yang bertanyakan bagaimanakah penerimaan masyarakat Korea terhadap agama Islam dan orang Malaysia.

Hyunmin bermain bersama anak yatim yang rapat dengannya.
Hyunmin bermain bersama anak yatim yang rapat dengannya.

Syukur Alhamdulillah, menerusi fakta yang telah dikeluarkan media di Korea, penduduk beragama Islam yang telah menetap di Korea semakin lama semakin meningkat. Malah, Oppa sendiri sudah banyak berjumpa jejaka dan gadis Korea yang beragama Islam. Cantik dan tampan. Terus-terang, orang Malaysia yang menetap di Korea amatlah sedikit.Jadi, agak sukar bagi orang Korea berjumpa dengan orang Malaysia yang menetap mahupun bekerja di Korea. Malah, mereka sendiri tidak dapat menjelaskan bagaimana wajah sebenar orang Malaysia.Bagaimapun, mereka sangat menerima orang Malaysia. Malah, mereka semua mahu kenal dengan lebih dekat budaya Malaysia. Bagi senior K-POP Oppa pula, walaupun ada yang sudah banyak kali datang membuat persembahan di Malaysia, mereka masih lagi keliru dengan Budaya Malaysia. 

Bagaimanapun, kebanyakkan mereka amat menggemari makanan Malaysia seperti Laksa, Nasi Lemak dan Nasi Goreng. Ada juga yang meminta Oppa masak menu tersebut untuk mereka.    

Tetapi, tidak semua menu Oppa boleh masak kerana kebanyakan bahan untuk membuat masakan Malaysia sukar diperoleh di sini. Apapun, Oppa cuba sedaya upaya untuk memperkenalkan budaya Malaysia dengan sebaik mungkin. Kalau ada sesiapa yang teringin kirim suatu ke Oppa dan senior, boleh saja. 

Jika anda ada pertanyaan yang ingin diberikan kepada Oppa, emelkan soalan tersebut ke hi@selebritionline.com. Oppa akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *