Lapan saluran ASTRO semarakkan Ramadan dengan 19 program

Setahun sudahpun berlalu, kini bulan Ramadan Al Mubarak tiba kembali. Sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, pihak Astro tidak mahu ketinggalan dalam menyajikan santapan program-program istimewa menerusi saluran-saluran yang terpilih. Bagi meneruskan tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi citarasa yang berbeza, sebanyak 19 program baru bakal menyerikan hari-hari anda di sepanjang bulan puasa yang bakal menjelma tiba ini.

LAMPIRAN PROGRAM-PROGRAM ASTRO SEPANJANG RAMADAN

ASTRO OASIS (SALURAN 106)

[Drama bersiri] Insyaallah Ada Jalan

Setiap Isnin – Jumaat, 5.30 petang mulai 23 Julai 2012

Durasi: 60 minit x 40 episod

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Barisan pelakon: Maher Zain, Fadli Padi,Tommy Kurniawan, Jian Batari, Natasya Putri, Iang Project P dan ramai lagi.

Mengisahkan perjalanan Maher Zain di Indonesia yang dalam usaha mencari sahabatnya Basofi . Sepanjang perjalanannya yang ditemani oleh Fadli, beliau melalui pelbagai kisah teladan kehidupan dan sentiasa cuba menolong dan menyokong orang-orang di sekitarnya.

Geng Surau

[Drama bersiri] Geng Surau Musim 2

Setiap Isnin hingga Khamis mulai 16 Julai 2012, 6.30 petang

Durasi: 30 minit x 20 episod

Barisan pelakon: Beto Kusyairy, Razak Ahmad, Azhan Rani, Intan Nor Saina, Mat Over, Sharifah Syahora, Kazar dan ramai lagi

Geng Surau 2 menceritakan apa yang berlaku setelah surau diletupkan oleh Duan, anak Pak Abu yang teringin memasuki Mayat FC, sebuah kelab yang ditubuhkan tanpa kebenaran Mayat (Razif). Di kala Geng Surau cuba mencari Surau baru , pelbagai perkara lucu yang berlaku. Pada masa yang sama Mayat cuba meluahkan perasaannya kepada Uddy tetapi tidak sempat untuk berbuat demikian selepas kejadian letupan tersebut dan lebih-lebih lagi apabila Uddy pergi ke Universiti dan meninggalkan kampung tersebut.

Tanah Kubur

[Drama bersiri] Tanah Kubur Musim 4

Setiap hari Jumaat, 7.30 malam

Durasi: 30 minit x 13 episod

Barisan pelakon: Nasir Bilal Khan dan artis jemputan seperti Hamidah Wahab, Syamsul Yusof, Adira AF, Aaron Aziz, Remy Ishak, Hafiz AF dan ramai lagi

Cerita seorang penggali kubur Mahadi atau dipanggil Tok Adi oleh penduduk kampung yang menghadapi pelbagai kisah dengan mayat dikuburan sebagai balasan terhadap apa yang telah dilakukan semasa hidupnya. Cerita ini berkisar mengenai umat islam dan sesuai untuk semua masyarakat untuk dijadikan tauladan dan pedoman.

Rasa Halal Antarabangsa

[Travelog] Rasa Halal Antarabangsa

Setiap hari Khamis, 7.30 malam

Durasi: 30 minit x 26 episod

Hos: Heliza Helmi

Program Rasa Halal Antarabangsa ini akan menyelongkar keindahan dan keunikan budaya masyarakat Muslim dan gaya hidup seharian mereka sebagai satu komuniti yang tinggal di negara Islam dan bukan Islam. Kali ini para penonton akan dibawa mengembara ke Negara Turki, United Kingdom, Perancis, Korea dan Australia untuk diperkenalkan kepada tempat-tempat makan yang baru, terutamanya yang menghidangkan menu-menu halal, selain persediaan  terperinci yang dilakukan para penyedia makanan di sana. Menerusi program ini juga, para penonton berpeluang untuk memahami adat dan budaya komuniti muslim di negara asing secara lebih mendalam.

 

[Bual bicara] Perangi Sihir

Setiap hari Isnin, 11.00 malam

Durasi: 30 minit x 15episod

Hos: Dato’ Engku Ansaruddin Agus

Saksikan rancangan yang membicarakan topik-topik menarik tentang kaedah untuk memerangi sihir dan perubatan menurut Islam bersama Dato’ Engku Ansaruddin Agus.

[Kerohanian] Indahnya Iman – Azan Global/Tazkirah

Setiap hari sepanjang Ramadan, 7.00 malam

Durasi: 30 minit x 30 episod

Insafi diri dengan penyampaian tazkirah, Talaqqi amalan Rasulullah dan azan yang menyeru umat Islam menyegerakan solat.

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadan, 12.00 t/malam

Durasi: 90 minit

30 juzuk Al-Quran akan dibacakan beserta dengan sarikata dan terjemahan

 Solat Terawih (siaran langsung dari  Masjidil Haram, Mekah)

Sepanjang bulan Ramadan, 1.30 pagi

Durasi: 3 jam

Saksikan solat sunat Terawih pada setiap hari sepanjang Ramadan siaran langsung dari Masjidil Haram, Mekah Al Mukarramah

 

ASTRO PRIMA (SALURAN 105)

 

[Drama bersiri] Masihkah Ada Ramadan

Setiap hari Isnin bermula 23 Julai 2012, 10.00 malam 

Durasi: 30 minit x 4 episod

Barisan pelakon: Wan Hanafi Su , Eman Manan, Kamsiah Abdullah, Zamarul Hisham

Saksikan bagaimana seorang ibu cuba untuk menyelamatkan anak tersayang daripada lembah dosa sempena keberkatan Ramadan yang penuh keajaiban.

Keluarga Iskandar

[Drama bersiri] Keluarga Iskandar

Setiap hari Selasa, 10.00 malam 

Durasi: 60 minit x 15 episod

Barisan pelakon: Kismah Johor, Jalil Hamid, Sobri Bawal Power, Rashidi Ishak, Melissa Maureen, Haeriyanto, Melissa Saila

Keluarga Iskandar berkisar sebuah keluarga Melayu yang mempunyai 6 adik-beradik dan diketuai oleh ibu mereka iaitu Mak Jah.

[Kembara masakan] Ezani & Wahidan Balik Kampung

Setiap hari Sabtu mulai 21 Julai 2012, 12.30 t/hari

Durasi: 30 minit x 13 episod

Hos: Ezani & Wahidan (MasterChef Malaysia)

Program yang mengandungi unsur realiti membawa Ezani dan Wahidan ke kampung di seluruh Malaysia untuk menjejak resipi rahsia makanan tradisional. Cabaran terbesar mereka ialah cuba memasak masakan tradisional dengan sentuhan mereka sendiri supaya masakan itu boleh menjadi sesuatu yang boleh dihidangkan ke hotel 5 bintang di kota kota besar.

 

ASTRO RIA (SALURAN 104)

[Realiti] Helo Bro…Tolong Masak!

Setiap hari sepanjang Ramadan mulai 21 Julai 2012, 6.00 petang

Durasi: 30 minit x 30 episod

Helo Bro…Tolong Masak! merupakan sebuah program masakan istimewa yang menampilkan selebriti-selebriti undangan bagi setiap episod membuat panggilan kepada Nik Michael (MasterChef Malaysia) untuk memasak buat mereka. Setiap episod memaparkan situasi yang berbeza yang akan menjanjikan kelainan dan hiburan kepada penonton. Selebriti-selebriti in kemudiannya akan memberi sumbangan bakti kepada rumah kebajikan sebagai token penghargaan.

 

ASTRO CERIA (SALURAN 611)

[Animasi] Upin & Ipin Ramadan

Setiap hari sepanjang Ramadan mulai 21 Julai 2012, 5.25 pagi/12.25 t/hari/6.25 petang

Durasi: 7 minit x 21 episod

Upin & Ipin merupakan sebuah siri animasi mengenai 2 adik beradik kembar berumur 5 tahun, Upin dan Ipin, menceritakan tentang pengalaman pertama mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Ceria ini diberitahu melalui perspektif mereka dengan cara yang mudah difahami, dan lucu. Nenek mereka, Opah, dan Kakak Ros sedia untuk memberi mereka panduan dan nasihat di dalam cerita ini. Nilai-nilai murni dalam cerita ini senang difahami oleh kanak-kanak dan dapat mempengaruhi mereka dengan positif.

Puasa bersama Ceria

Mulai 21Julai 2012 setiap hari sepanjang bulan Ramadan 7.30 malam

Durasi: 2 minit x 30 episod

Barisan selebriti: Azrul RL, Mia Sara, Wawa Zainal, Arien Yunus, Adi Fashla, Afiq, Farish Aziz, Haziq, Amir RL, Zahid, Ajak (Kumpulan Shiro)

Pengalaman yang menarik atau kelakar selebriti-selebriti tanahair semasa mereka membesar. Mereka akan turut memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka.

 

ASTRO CITRA (SALURAN 131)

[Filem] Slot Sinema Sahur

Setiap hari sepanjang Ramadan mulai 21 Julai 2012, 4.30 pagi

Durasi: 7 minit x 21 episod

Meriahkan waktu sahur anda dengan barisan filem-filem tempatan dan antarabangsa sepanjang Ramadan ini. Antaranya termasuklah Impak Maksima, My Name is Khan, Gangster, Wu Xia, Kongsi, Evolusi KL Drift 2, Bini-Biniku Gangster, Residen Evil; Extinction, Sikit Punya Gila, Redline, Cuti-Cuti Cinta, Tipu Kanan Tipu Kiri, KL Gangster, Sahara, Colombiana, Zoo dan banyak lagi.

 

 INDO PEK – BINTANG (SALURAN 141)

[Hiburan] Konser Gema Ramadhan

Setiap hari Sabtu mulai 21 Julai 2012, 10.00 malam

Durasi: 120 minit x 4 episod

Barisan artis: Ustadz Solmed, Ungu, Kotak, Rossa, Afghan, Henri Lamiri, Bekasi, Gigi, D’massive, Lyla, Zivilia, Syahrini, Ustadz Solmed, Wali, D Baginda, Naff, Anang, Ashanti, Aurel , Ungu, ST 12, Vierra, Vidi Aldiano, Smash

Bersama nama-nama besar artis Indonesia seperti Ungu, Vierra, ST12 dan rama lagi dalam konsert penuh irama keagamaan yang menggemakan.

 

[Hiburan] Smash Ngabuburit

Setiap hari Sabtu mulai 28 Julai 2012, 5.00 petang

Durasi: 30 minit x 4 episod

Barisan artis: Kumpulan Smash

Perbanyakkan kebajikan di bulan Ramadan bersama Smash yang akan berkunjung dan berbuka puasa di rumah anak-anak yatim.

[Bual bicara] Pas Mantab

Setiap hari Rabu mulai 18 Julai 2012, 10.00 malam

Saksikan aksi-aksi sketsa secara spontan oleh selebriti jemputan dalam program bual bicara yang dikemudikan oleh Parto-Andre-Sule.

[Hiburan] Selamat Jalan Kekasih – Selamat Jalan Chrisye

Sabtu, 18 Ogos 2012, 10.00 malam

Sebuah Konsert Tribute untuk Chrisye yang menampilkan penyanyi seperti Astrid, Ungu, Pongky, Jikustik dan ramai lagi.

 

INDO PEK – PELANGI (SALURAN 142)

[Bual Bicara] Kata Ustadz Solmed

Setiap hari mulai 23 Julai 2012, 7.00 pagi

Durasi: 30 minit x 20 episod

Barisan artis: Ustadz Solmed, Ungu, Kotak, Rossa, Afghan, Henri Lamiri, Bekasi, Gigi, D’massive, Lyla, Zivilia, Syahrini, Ustadz Solmed, Wali, D Baginda, Naff, Anang, Ashanti, Aurel , Ungu, ST 12, Vierra, Vidi Aldiano, Smash

Sebuah program bual bicara yang dikemudikan oleh Ustaz Sholeh Mahmoed atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Solmed melalui sebuah program rohani yang bertajuk “Kata Ustaz Solmed”. Dalam program ini, Ustaz Solmed akan memberikan penyelesaian kepada penonton di studio melalui dakwah yang disampaikan secara bersahaja dan jelas. Berbagai persoalan akan dibahas di sini dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan dan menambah keimanan penonton

[Dokumentari] Perjalanan Islam Indonesia

Setiap hari Sabtu dan Ahad mulai 28 Julai 2012, 6.30 petang

Durasi: 30 minit x 20 episod

Perjalanan Islam Indonesia (PII) adalah program dokumentari yang mengupas tentang sejarah kemasukan Islam ke Indonesia serta perkembangan dan pertumbuhannya di pelbagai daerah di Indonesia. Turut ditampilkan juga pelbagai wajah Islam di Indonesia, interaksinya dengan tradisi, budaya tempatan serta keunikan wajah Islam di Indonesia yang begitu beragam jika dibandingkan dengan wajah Islam di Timur Tengah.

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *