Friday , February 23 2024

Lewis Hamilton Kuasai Litar Sepang

IMG_3965

Dibawah sinaran matahari terik dengan suhu 33 darjah celcius (dan suhu litar 44 darjah celcius), seluruh peminat F1 yang berada di litar antarabangsa Sepang menjadi saksi kejayaan pemandu Lewis Hamilton (dengan cacatan masa 1:45:390) mewakili pasukan Mercedes Petronas menakluk podium sekaligus dinobat sebagai juara Formula 1 (F1) Petronas Malaysia Grand Prix 2014, pada petang Ahad lepas.

IMG_3667

Tambah membanggakan, rakan sepasukan Hamilton, Nico Roseberg (dengan cacatan masa 1:48:270) berjaya menduduki petak kedua sekaligus menjadi kemenangan berganda buat pasukan Mercedes Petronas. Mengikuti rapat di kedudukan petak ketiga ialah pasukan Red Bull Racing yang diwakili oleh pemandu yang juga tidak kurang kacaknya, Sebastian Vettel.

IMG_3497

Hamilton yang mencatat kejuaraan ke-23 dalam kariernya turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada ahli leluarga magsa tragedi pesawat MH370.

IMG_4053

Meskipun berpanas namun perlumbaan berlangsung dengan lancar walaupun terdapat beberapa insiden yang tidak diduga seperti kemalangan yang dialami beberapa pemandu sewaktu di awal-awal minit pelumbaan. Bagaimanapun insiden itu tidak menjejaskan sesi perlumbaan.

IMG_3096

Menariknya beberapa jam sebelum perlumbaan, lensa Malaysian Digest sempat merakamkan momen-momen menarik serta gelagat para pemandu, para VVIP dan selebriti dunia juga penonton yang suda berada di litar Sepang ini seawal jam 10 pagi lagi.

IMG_3546

Beberapa minit sebelum perlumbaan bermula, seluruh yang berada di litar Sepang sama-sama bertafakur (moment of silent) selama satu minit bagi memperingati serta menghormati insiden kehilangan pesawat milik Malaysian Airlines, MH370 sejak 8 Mac lalu. Kemudian diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Negaraku’.

IMG_3539

Selain, antara yang menarik perhatian ramai apabila para pemandu F1 sempat meluangkan masa mereka mengikuti sesi jelajah dengan menaiki sebuah bas ‘double decker’ khas F1 Petronas mengelilingi litar yang berkeluasan 55.3km. Sorakan penonton bergema apabila pemandu pilihan mereka berada di depan mata sambil melambai-lambaikan tangan.

IMG_3297

Disamping itu, antara momen yang menjadi tumpuan ialah kehadiran ratu squash dunia, Datuk Nicole Ann David. Tidak ketinggalan, kelihatan kelibat menteri kegemaran ramai iaitu Menteri Belia dan Sukan, YB. Khairy Jamaluddin dengan anak lelakinya di Pit Stop. Pengacara dan model Marion Counter dan suaminya juga turut tidak ketinggalan berpanas di litar demi menyaksikan perlumbaan penu berprestij ini.

IMG_4176

Saingan sengit yang melibatkan 22 pemandu (10 pasukan) bermula jam 4 petang dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang dengan 56 pusingan. Perlumbaan F1 kali ini menghimpunkan seramai 92, 550 penonton (untuk 3 hari bermula Jumaat).

Check Also

THE SECOND PUTRAJAYA WUSHU CHAMPIONSHIP UNCOVERS MORE WORLD BEATERS FROM UPCOMING JUNIORS!

The 2023 Putrajaya Wushu Championship was staged successfully at the Midpoint Shopping Centre in Pandan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *