Lilo Khalil ft. Nazrae – Mahkota Cinta

Lilo Khalil yang dahulunya dikenali sebagai Baby, merupakan salah seorang ahli kumpulan pelopor rap wanita di Malaysia iaitu Res2. Selain mempunyai bakat didalam bidang nyanyian dan menari, Lilo juga aktif di dalam bidang teater muzikal seperti SuperMokh, P. Ramlee – The Musical…, The Secret Life of Nora dan banyak lagi.

Nazrae pula merupakan salah seorang anggota dari kumpulan R&B Pop dan A Cappella yang popular iaitu Shades yang amat terkenal dengan lagu hit mereka seperti ‘Jangan Ucap Selamat Tinggal’ dan ‘Malam’. Di bawah pengajaran Helen Yap, Nazrae mula membina namanya dengan melibatkan diri dalam pelbagai rakaman, suara latar dan aturan suara (vocal arrangement). Beliau juga aktif dalam melakukan vokal latar untuk Ziana Zain, Fauziah Latiff dan ramai lagi.

Lilo Khalil & Nazrae 2

Single pertama Lilo yang bertajuk ‘Mahkota Cinta’ ini bermula apabila Lilo sering bertemu Nazrae untuk mendapatkan nasihat dan pendapat beliau untuk merealisasikan impian ini. Setelah mendapat kata sepakat, Nazrae terus menghubungi Helen Yap dan membincangkan hal ini dan tanpa ragu, Helen bersetuju untuk menulis sebuah lagu duet untuk mereka berdua.

Lagu hasil ciptaan Helen Yap dan lirik yang ditulis oleh Buddi Hekayat ini siap ditulis dalam masa hanya seminggu sahaja dan terus dapat meyakinkan kedua-dua Lilo Khalil dan Nazrae bahawa Helen dan Buddi Hekayat merupakan pencipta lagu dan lirik yang terbaik kerana mereka memahami arah tuju Lilo dan Nazrae.

Pertemuan Nazrae dan Lilo bersama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia & Singapura, En. Darren Choy dan juga En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh), Pengurus A&R pula merupakan satu langkah yang bertuah kepada mereka kerana kedua-dua telah memberikan ulasan yang positif terhadap lagu tersebut. Dan kini terhasillah lagu ‘Mahkota Cinta’ yang dinyanyikan oleh Lilo Khalil kolaborasi bersama Nazrae.

Lagu ‘Mahkota Cinta’ ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Title Artist Maxis Caller Ringtones Celcom Call Me Tones DiGi Caller Tunes
Mahkota Cinta Lilo Khalil & Nazrae 445407 237359 1803290

Cara-cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones  : Dial *131*<Kod># dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones    : Dial *888*<Kod># dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes              : Dial *233*<Kod># dan tekan call/send

 

 

 

 

 

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *