LINE Lancarkan Official Account Neelofa, Nazim Othman & Fizo Omar

LINE,platform khidmat pesanan telefon mudah alih terhangat di dunia semalam melancarkan Official Accounts bagi tiga orang selebriti Malaysia iaitu Neelofa, Nazim Othman dan Fizo Omar. Setakat ini aplikasi LINE sudah mempunyai 190 juta pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketiga-tiga selebriti sedang giat mempromosi aplikasi ini disamping membintangi 4 iklan komersial dari LINE. Edisi pertama iklan ini memaparkan penampilan Neelofa dan adiknya Athisha dimana adik beliau cuba meminjam pakaian daripada Neelofa.Rundingan mereka menggunakan aplikasi LINE mempamerkan stickers,teks dan pesanan suara.Komersial seterusnya menyaksikan Nazim dan Fizo beraksi dan bersaing sesama sendiri dalam aplikasi permainan LINE Games.Sejak dilancarkan pada 12 Julai 2013 lalu, kadar muat turun harian aplikasi LINE telah meningkat lebih 200 peratus di Malaysia.

LINE juga memperkembangkan usahasama dengan syarikat tempatan untuk melaksanakan program Hadiah Sampul Duit Raya Istimewa LINE dimana LINE mengedarkan sampul duit raya di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia sepanjang bulan Ramadan dan musim Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia boleh didapati secara percuma di stesen BHPetrol, kedai Chatime, rangkaian restoran Chaswood, kedai Nokia serta di acara-acara anjuran HotFM.

 

[nggallery id=181]

 

 

 

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *