Lisa Surihani Dilantik Duta MARIGOLD PEEL FRESH

MARIGOLD PEEL FRESH hari ini mengumumkan pelantikan Lisa Surihani, seorang selebriti terkenal dan pelakon popular Malaysia, sebagai Duta jenamanya. Lisa akan muncul sebagai wajah baru bagi kempen jenama tersebut di Malaysia.

Timbalan Pengurus Besar MARIGOLD PEEL FRESH, Michael Ong berkata bahawa Lisa adalah pilihan yang terbaik sebagai duta jenama berdasarkan kejelitaan, kebijaksanaan, keyakinan dan kepelbagaian bakat yang dimilikinya serta keprihatinannya terhadap kesihatan. Justeru, ciri-ciri ini menampilkan gambaran sebenar jenama tersebut sebagai jenama tempatan yang boleh dipercayai dan kukuh di Malaysia. “Setelah sekian lama kami mencari duta yang sesuai yang dapat melambangkan keunggulan nilai dan personaliti MARIGOLD PEEL FRESH, Lisa ternyata menepati dengan ciri-ciri jenama kami kerana beliau juga mengutamakan kesihatan keluarganya melebihi diri sendiri.”

Komitmen MARIGOLD PEEL FRESH dalam menyediakan kualiti tertinggi kepada pelanggan-pelanggan digambarkan dengan nyata dalam slogan Kempen Duta MARIGOLD PEEL FRESH baru iaitu “Kesihatan Keluargaku, Kebahagiaanku”. Komitmen ini, berserta pemahaman yang mendalam terhadap keperluan dan kehendak pelanggan telah membolehkan syarikat  ini menghasil dan menyediakan produk-produk yang bukan hanya mempunyai citarasa lazat, malah turut mengandungi nilai khasiat yang tinggi untuk pelanggan dan seisi keluarga. Ini sejajar dengan hasrat MARIGOLD PEEL FRESH untuk menyediakan keperluan harian yang seimbang kepada pelanggan dan keluarga.

Dalam majlis Pelancaran Duta MARIGOLD PEEL FRESH hari ini, Lisa Surihani turut berkongsi sentimen dan semangat yang sama dalam menyediakan hanya yang terbaik untuk keluarga, di mana beliau mengakui bahawa rahsia kebahagiaan beliau adalah memastikan bahawa keluarganya berada dalam keadaan yang sihat dan hanya yang terbaik disediakan untuk mereka. Lisa turut berasa bangga kerana dilantik sebagai Duta MARIGOLD PEEL FRESH. “Setinggi-tinggi terima kasih kepada MARIGOLD PEEL FRESH kerana memilih saya menjadi Duta mereka. Saya benar-benar gembira kerana terlibat dengan jenama yang begitu saya gemari sejak kanak-kanak lagi dan bangga untuk mewakili suatu jenama yang dipercayai oleh saya dan keluarga saya. MARIGOLD PEEL FRESH sememangnya sebahagian daripada kehidupan saya sepanjang tempoh saya membesar. Hingga kini, MARIGOLD PEEL FRESH yang lazat dan kaya dengan khasiat masih kekal sebagai pelengkap hidangan saya.”

Walau bagaimanapun, dengan kemunculan pelbagai jenis minuman buah-buahan dalam pasaran sejak akhir-akhir ini, ramai pengguna beranggapan bahawa MINUMAN BUAH-BUAHAN dan MINUMAN JUS BUAH-BUAHAN adalah sama; walhal hakikatnya kedua-dua jenis minuman ini adalah amat berbeza. Minuman jus buah-buahan seperti MARIGOLD PEEL FRESH mengandungi sekurang-kuranya 35% atau lebih jus buah-buahan berbanding minuman buah-buahan yang mungkin mempunyai kandungan jus buah-buahan serendah hanya 5%. MARIGOLD PEEL FRESH juga melalui proses pempasteuran yang ketat bagi mengekalkan nilai khasiat dan memelihara kesegaran jus buah-buahannya. Oleh kerana jus-jus yang dipasteur seperti MARIGOLD PEEL FRESH mempunyai kandungan lebih segar, minuman tersebut perlu disimpan di dalam peti sejuk sepanjang masa bagi mengelakkan kerosakan. Sebaliknya, minuman buah-buahan tahan lama di pasaran boleh tahan selama berbulan-bulan tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Lisa menambah, “Saya amat berhati-hati dengan apa yang saya dan keluarga saya ambil setiap hari sebagai sebahagian daripada pemakanan kami. Kesihatan keluarga saya sudah tentu menjadi keutamaan saya kerana bukan sahaja mereka merupakan orang yang paling saya sayangi, tetapi juga kerana saya bertanggungjawab memilih hanya yang terbaik untuk mereka. Itulah yang diberikan oleh MARIGOLD PEEL FRESH kepada saya.”

Bermula dengan hanya empat perisa segar, MARIGOLD PEEL FRESH kini mempunyai 15 (lima belas) perisa lazat lagi menyihatkan yang memberi pilihan Regular (biasa) dan No Sugar Added (tanpa gula tambahan) untuk menepati citarasa dan keperluan semua rakyat Malaysia. Hingga kini, minuman jus Oren MARIGOLD PEEL FRESH kekal sebagai minuman jus buah-buahan dipasteur kegemaran pengguna.

MARIGOLD PEEL FRESH terkenal dalam industri jus buah-buahan sebagai jenama revolusi dengan pelbagai inovasi produk terulung. Jenama tersebut adalah yang pertama menghasilkan jus oren dipasteur dengan sari dan memperkenalkan perisa “Superfruits” yang kaya dengan antioksidan seperti Manggis MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan, Powerberries MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan dan Powerveggies MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan. Perisa terbaharu yang telah dilancarkan adalah Cloudy Apple MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan. Perisa ini adalah campuran unik beberapa jenis epal terbaik iaitu Ralls Genet, Granny Smith dan Golden yang sarat dengan  Vitamin A dan E serta antioksidan seperti polipenol dan Vitamin C.

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *