Liyana Jasmay Sah Menjadi Tunangan Fathuddin,Bakal Nikah Pada 24 Januari 2013

Selamat Bertunang diucapkan kepada pelakon popular Liyana Jasmay (24 tahun) dengan Fathuddin Mazlan (28 tahun) yang selamat mengikat tali pertunangan mereka semalam di Kemensah Height,KL.

Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000. Antara artis yang hadir ialah Yusry dengan Lisa Surihani, Scha Al-Yahya dengan Awal Ashaari dan Vanidah Imran dengan Rashidi Ishak.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.

[nggallery id=61]

 

 

Check Also

Ratusan Pelabur Menjadi Mangsa Penipuan Skim Pelaburan oleh Seorang “Datuk Wira”

Seorang pelabur British yang ditipu melebihi RM60 juta oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bergelar “Datuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *