Lokasi Konsert Tiga Dekad Muzik,Cinta & Sanubari Ditukar

 

Lokasi Konsert Tiga Dekad Muzik,Cinta Dan Sanubari yang sebelum ini di Stadium Putra Bukit Jalil terpaksa ditukar ke Stadium Malawati Shah Alam disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Anuar dalam siaran medianya memohon maaf bagi pihak pengurusan konsert,Anuar Zain Network Dan Universal Music Malaysia di atas segala kesulitan yang berlaku akibat perubahan lokasi konsert. Warga kerja Ticket Charge kini sedang melaksanakan susun atur tersebut dan bermula 6 Februari,wakil dari Ticket Charge akan menghubungi semua pemilik tiket yang telah membuat pembelian sebelum ini.

Tiket baru bagi lokasi terkini bakal dibuka untuk pengambilan di pejabat urusan Ticket Charge bermula 6 Februari dan anda juga boleh mendapatkannya di Stadium Malawati pada hari konsert berlangsung. Tiket-tiket bagi Palladium A dan B telah habis dijual manakala tiket bagi Bronze dalam jualan terhad.

Semua atau sebarang pertanyaan juga info terkini mengenai konsert ini boleh didapati di facebook Anuar Zain FB Page atau di laman web Ticket Charge iaitu www.ticketcharge.com.my .

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *