‘M.Nasir with The MPO’ Di Dewan Filharmonik PETRONAS Pada 13 & 14 Julai 2012

Bukan sebarangan orang berpeluang membuat persembahan berkolaborasi bersama Okestra Filharmonik Malaysia (MPO). Sementelah penyanyi lagenda Tan Sri SM Salim (2001) kemudian Dato’ Sheila Majid merupakan dua figura yang sedia mencipta sejarah tersendiri bersama kumpulan muzik profesional ni. Meniti 35 tahun perjalanan seninya, tahun 2012 giliran ‘sifu’ Dato’ M.Nasir menyahut cabaran sekaligus bakal menciptakan satu pengalaman indah, hebat dan luarbiasa.

Atas nama M.Nasir with The MPO, beliau bakal mengadakan persembahan diiringi 100 pemuzik di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 13 dan 14 Julai ini, jam 8.30 malam.Bercerita lanjut, menurut M.Nasir, persediaan untuk membuat konsert yang diimpi sejak 11 tahun lalu ini sudah dilakukan sejak setahun lepas termasuklah dari segi pemilihan lagu juga susunan muzik yang baru ke atas lagu-lagu yang dipilih.

Selama 2 jam, peminat-peminat tegar komposer penyanyi, pemuzik ikonik ini akan dihiburkan dengan rangkaian lagu hits dan malar segar yang diinterpretasikan oleh MPO, antaranya Kias FansuriSahabat Gua,Apokalips, Juwita, Ghazal Untuk Rabiah, Andalusia, Bonda, Kepadamu Kekasih, Sentuhan Listrikmu, Ada, Di Balik Cermin Mimpi, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi, Mustika, Raikan Cinta dan Suatu Masa.

Dalam perkembangan lain, M.Nasir dalam perancangan untuk mengadakan persembahan istimewa di Singapura pada tahun hadapan.

Bagi para peminat yang ingin menyaksikan konsert M.Nasir with The MPO, berikut tiket-tiket yang berharga Premium: RM358, A Reserve: RM258, B Reserve: RM158, C Reserve: RM98. Tempahan Telefon: 03- 2051 7007 Tempahan Fax: 03- 2051 7077.Tempahan Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my atau maklumat lanjut boleh layari www.dfp.com.my & www.mpo.com.my

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *