“Malam Bintang Lagenda” Satukan Nuansa Rock dan Metal

Empat jenama hebat iaitu Ella, Prime Domestik, Cromok dan Sil Khannaz yang punyai peminat tersendiri bakal melakarkan sejarah peribadi apabila mereka bakal beraksi di pentas yang sama September nanti.  Stadium Perbandaran Pasir Gudang bakal bergema dengan alunan wirama rock dan metal.

“Konsert Rockstars” bakal berlangsung pada 7 September yang akan membariskan Ella dan Prime Domestic manakala “Konsert Metal Legend II Live In JB” pula akan menggabungkan Cromok dan Sil Khannaz, dimana kedua-dua kumpulan ini akan beraksi pada 8 September.

Biarpun 2 judul yang berlainan malah ianya juga membabitkan 2 penganjur yang berlainan iaitu D Grand Stage dan Dreamstage, namun atas semangat muzik yang jitu maka keduanya telah mencapai kata sepakat untuk menggunakan jenama “Malam Bintang Lagenda”.

 

“Konsert Rockstars” bakal menampilkan ratu rock Ella sebagai tarikan utama dan menampilkan Prime Domestic sebagai band jemputan. Kali terakhir Ella beraksi dalam konsert berskala besar yang seumpamanya dalam Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada tahun 2016. Ella juga pernah menjayakan konsert skala kecil  di Esplanade, Singapura dan Dewan Filharmonik Orkestra, Kuala Lumpur pada tahun 2017. Meskipun baru sahaja pernah menjayakan konsert perdananya di dua pentas berprestij  di Asia, ini tidak menghalang Ella untuk kembali beraksi di pentas marhain.

Turut mengegarkan pentas konsert ini adalah Prime Domestic iaitu kumpulan ‘super band’ yang diterajui Joe (gitar) turut menampilkan Aweera sebagai penyanyi, Hillary Ang (gitar), Fauzi (bass) dan Ainoll (dram). Meskipun nama Prime Domestic masih baru, namun ahli-ahli kumpulan Prime Domestic ini bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tempatan.

Cromok

Diatas kejayaan Konsert Metal Legends Live In Concert yang menampilkan XPDC dan Cromok beraksi di atas satu pentas di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 3 Februari lalu. Sebagai kesinambungan dan atas permintaan ramai, pihak penganjur Dream Stage kini membawa konsep yang sama ke Pasir Gudang dalam Konsert Metal Legends II Live In JB.

Konsert ini menampilkan band lagenda metal, Cromok yang cukup terkenal dalam persada aliran muzik metal tanahair.  Bagi menghangatkan lagi suasana pentas, kumpulan yang berpaksikan kepada aliran muzik ‘metal’ iaitu Sil Khannaz turut ditampilkan sebagai band jemputan.

Bintang-bintang lagenda yang ditampilkan dalam kedua-dua konsert ini cukup berwibawa di arena muzik yang mereka pelopori, baik di arena mainstream atau underground. Justeru, kredibiliti dan karisma mereka dalam aliran muzik yang dinaungi mereka sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sil Khannaz

Pihak penganjur turut menjanjikan kelainan dari segi pemilihan lagu, susunan muzik, sistem bunyi, set pentas sehingga kepada penataan cahaya yang terbaik, bagi memastikan konsert ini memberi impak berbeza kepada peminat. Ianya bakal memberikan pengalaman baru kepada peminat yang hadir apabila pihak penganjur akan menggunakan sistem bunyi 7:1 Stereo Surround untuk kedua-dua konsert.

Buat pertama kalinya sistem bunyi keliling yang seumpamanya digunakan untuk konsert tempatan. Sistem bunyi keliling ini bukan sahaja dijangka mampu menampung keperluan bunyi di pentas terbuka seperti lokasi Stadium Perbandaran Pasir Gudang itu sendiri, malah gegaran bunyi yang bakal dihasilkan juga dikatakan mampu memberi kepuasan tahap maksima kepada peminat yang hadir.

Ella

Tiket Konsert Rockstars boleh didapati dengan dengan harga RM58 (Lepak Zone), RM78 (Rama-Rama Zone), RM80 (Kasih Zone), RM150 (7.1 Surround Zone) dan RM250 (Gemilang Zone). Manakala tiket Konsert Metal Legend II Live In JB boleh didapati dengan dengan harga RM48 (Lepak Zone), RM68 (Thrash Zone), RM90 (Hardcore Zone), RM180 (VIP Lepak Zone) dan RM250 (VIP Hardcore Zone).

Tiket boleh dibeli secara online di http://www.ilassotickets.com atau di Rock Corner The Garden Midvalley, Victoria Music Sungai Wang dan Victoria Music Amcorp Mall.  Bermula 3 September 2018, tiket juga boleh dibeli di kaunter pintu masuk Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

Prime Domestic

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan tiket atau konsert sila hubungi +603-2170 6333 (ILASSO tickets Sdn Bhd) +6010-3837552 (D Grand Stage Event) dan +6017-2630437 (Dreamstage)

 

Teks oleh Nazghoul

Photo oleh Papadin

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *