MALAYSIA AUTOSHOW 2023 – MOBILITY REDEFINED

Malaysia Autoshow 2023 sekali lagi akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 4 ke 7 Mei 2023, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Edisi 2023, bertemakan “Mobility Redefined”, meneruskan tradisi dalam mengetengahkan kenderaan terbaru di dalam pasaran, menonjolkan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan kenderaan di dalam pasaran Malaysia.

Malaysia Autoshow yang telah mencapai edisi ke-enam – dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), bukan sahaja membawakan pameran automotif dan permotoran, malah meluaskan skop meliputi teknologi penting yang boleh dijangkakan oleh rakyat sejajar perkembangan sektor mobiliti di era digital.

“Malaysia Autoshow adalah di antara pameran yang membuka peluang bagi pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai – bagi menonjolkan selok-belok, elemen-elemen di sebalik tabir dan insan yang merekabentuk dan membina kenderaan yang membawa orang tersayang kita setiap hari”, kata Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong semasa berucap di Pelancaran Rasmi Malaysia Autoshow 2023.

Turut hadir di pelancaran adalah Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI.

Malaysia Autoshow 2023 kembali dengan tambahan baharu – Malaysia Bike Show, Malaysia EV Show dan Charged.

“Anda berpeluang melihat teknologi dan perkembangan terbaru di dalam industri automotif, dari kenderaan elektrik dan kenderaan berautonomi, kepada kemajuan di dalam keselamatan dan kecekapan (tenaga), industri automotif kini giat membuat kenderaan yang bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk dipandu”, katanya lagi.

Dewan A meneruskan tradisi mempamerkan kenderaan terbaru yang ditawarkan di Malaysia, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Lebih 100 model dari pembuat kenderaan dijangka dipamerkan. Pengunjung juga akan ditawarkan pakej dan khas, serta pakej kewangan melalui rakan bank di Malaysia Autoshow 2023.

Pengunjung tahun ini juga berpeluang memenangi Perodua Alza di dalam Peraduan Pengunjung Malaysia Autoshow 2023.

Dewan C akan menempatkan Malaysia Bike Show, menonjolkan gaya hidup dua roda – dari

sports bike kepada trail dirt bike. Sementara itu, Dewan D menempatkan Malaysia EV Show dan Charged, kenderaan elektrik, teknologi pengecas, serta aksesori, komponen dan aplikasi digital yang terlibat di dalam ekosistem EV.

Malaysia Autoshow akan mengambil kesempatan penuh kawasan luas MAEPS, bagi membawakan pelbagai aktiviti automotif dan gaya hidup, termasuk:

• Dua laluan pandu uji sepanjang 4.5km (dipanjangkan daripada 3km) bagi membolehkan pengunjung mengalami kereta yang dipandu uji sepenuhnya.

• Dewan Premium yang dikhaskan bagi mempamerkan teknologi termaju yang ditawarkan oleh segmen premium.

• Lebih dari 100 model dan varian kenderaan cekap tenaga, motosikal dan kenderaan elektrik di ruang pameran.

• Pengalaman off-road khas bagi mereka yang meminati pengembaraan.

• Drift Taxi-ride bagi mereka yang inginkan pengalaman kenderaan berkuasa tinggi

• Demonstrasi Teknologi Keselamatan bagi menampilkan teknologi terbaru dalam keselamatan kenderaan

• Food Truck di Malaysia Autoshow Auto Village
• Aktiviti menarik bagi seluruh keluarga di AutoFest, termasuk konsert yang

menampilkan artis ternama, tarian antarabangsa, aktiviti cosplay dan banyak lagi.

Datuk Phang juga menyatakan penghargaan terhadap sokongan menyeluruh industri dalam memastikan Malaysia Autoshow menjadi agenda penting di dalam kalendar automotif Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian (MITI) dan seluruh sektor automotif dan mobiliti kerana memberikan sokongan berterusan kepada Malaysia Autoshow. Penghargaan khas diberikan kepada penaja-penaja, khususnya Perodua, yang merupakan penaja Platinum Malaysia Autoshow 2023. Saya percaya sokongan anda semua akan menjadikan acara ini satu lagi kejayaan, dan ingin juga menghargai pengguna automotif Malaysia – anda merupakan sebab utama acara ini terus dianjurkan”, katanya.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *