Sabhi

Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi Dan Azhael AF13 Bakal Raikan Anak Yatim

marsha-milan-londoh

Sempena Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza pada 9 Julai 2014, 3 artis tempatan yang merangkumi Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 telah dijemput untuk berbuka puasa dengan 37 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya. Artis-artis juga akan membuat persembahan secara “live” dengan menyanyikan lagu-lagu terkini mereka serta lagu Hari Raya.

Objektif utama majlis pelancaran ini adalah untuk menandakan permulaan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya di Sungei Wang Plaza dari 9 Julai – 3 Ogos 2014 berikutan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan tarian zapin, pertandingan tarian zapin dan penebusan sampul duit raya untuk pelanggan yang membeli-belah di Sungei Wang Plaza.

Azhael
Azhael

Marsha Milan Londoh yang dikenali dengan watak suara “Elsa” dalam filem Disney Melayu “Frozen” merupakan orang Sabah. Ibu Marsha merupakan warganegara Amerika Syarikat manakala bapanya berasal dari Sabah. Marsha menjadi terkenal apabila mendapat tempat ke-empat dalam rancangan TV; Akademi Fantasia Season 3. Marsha juga pernah membintangi beberapa watak drama dan TV tempatan dan mengeluarkan beberapa album dengan lagu-lagunya seperti “Untuk Terakhir Kali”, “Yang Terbaik” dan “Ruang Kedua”.

Artis undangan ke-dua yang turut akan bersama Sungei Wang Plaza semasa Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri adalah; Sabhi Saddi yang juga berasal dari Sabah. Sabhi merupakan bekas penari “hip- hop” dan pertama kali memasuki dunia hiburan dengan lagunya “Sayang Gilerr” yang merupakan salah satu lagu dalam filem tempatan “Cicakman” Lagu terkini Sabhi adalah “Nadiku” dan “Gemerlapan”.

Majlis pelancaran Dikir Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa kehadiran Azhael AF13 yang dibintangi duo; Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi. Azhael merupakan naib juara Akademi Fantasia 2013. Lagu-lagu terkenal mereka termasuk “Khayalan” & “Hentian Terakhir”.

Sabhi
Sabhi

Mengikut En KK Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, konsep Zapin Aidilfitri adalah untuk menyambut Hari  Raya dengan gembira melalui persembahan pentas yang telah disediakan. “Pihak kami amat berbesar hati untuk mengadakan Majlis Pelancaran Dikir Aidilfitri bersama artis-artis undangan seperti Marsha, Sabhi dan Azhael. Kami berharap tetamu jemputan khas kami dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah akan turut teruja dan gembira dengan kehadiran artis yang akan membuat persembahan secara “live” serta meluangkan masa bersama untuk berbuka puasa dan mengambil gambar bersama mereka.” Tambah KK.

Pelbagai aktiviti sempena sambutan Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza akan diadakan seperti; persembahan tarian zapin aidilfitri oleh kumpulan tarian swatari pada jam 8.30pm pada tarikh 11,12,13,18,19,20,25,26 Julai & tarikh 1,2,3 Ogos 2014 diikuti pertandingan tarian zapin pada jam 3.00pm pada tarikh 13 & 20 Julai 2014. Pelanggan yang membeli RM100 dan ke-atas dalam resit terkumpul pada hari yang sama akan dapat menebus satu set koleksi duit sampul raya.

Check Also

GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA

Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *