Maxis Telco Pertama Tawarkan Telefon Pintar Blackberry Z10 Di Malaysia

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, hari ini melancarkan telefon pintar BlackBerry® Z10 yang baru, dikuasakan oleh BlackBerry® 10 di Malaysia. BlackBerry Z10 yang baru ini akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis, dan boleh didapati di semua Pusat Maxis di seluruh negara mulai 9 Mac 2013.Maxis adalah yang pertama untuk memperkenalkan pelbagai peranti BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004, dan terus menerajui pasaran dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan. Maxis telah menawarkan pelbagai jenis peranti dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu.

BlackBerry Z10 yang baru ini adalah telefon pintar BlackBerry yang pertama untuk dilancarkan dengan platform BlackBerry 10 yang direka bentuk semula, diperkaya dan dicipta semula, memberikan pelanggan pengalaman mudah alih pengkomputeran baru yang kuat dan unik. Telefon pintar BlackBerry Z10 ini adalah telefon pintar BlackBerry yang terpantas dan paling canggih, dan menawarkan pengalaman yang lebih pintar yang sentiasa dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggan.“Telefon pintar BlackBerry Z10 menyampaikan satu platform baru yang berkuasa untuk pelanggan BlackBerry. Digabungkan dengan rangkaian dan pelan perkhidmatan dari Maxis, pelanggan BlackBerry Z10 akan gembira dengan pengalaman komunikasi yang dicipta semula, multitasking yang  lancar, akses mudah kepada pelbagai rangkaian sosial, dan ketenangan fikiran dengan keselamatan BlackBerry,” kata Annamalai Muthu, Pengarah Negara Malaysia di BlackBerry.

Berikut adalah butiran-butiran harga dan pelan untuk BlackBerry Z10:

 

BB More 55

 

BB More 88

 

BB More 148

 

Komitmen Bulanan

RM55

RM88

RM148

Minit Berkas

200

400

600

SMS Berkas

100

200

500

Data Berkas

500MB

1GB

5GB

Harga Peranti (Tawaran Biasa)

 

 

 

12 bulan

RM1888

RM1708

RM1588

24 bulan

RM1488

RM1268

Harga Peranti (Ahli MOC)

 

 

 

24 bulan

RM988

Selain itu, Hotlink akan memberi ganjaran kepada semua pelanggan setia BlackBerry Prabayar dengan harga istimewa sebanyak RM1,888 untuk BlackBerry Z10, yang ditawarkan bersama dengan 1.5GB data percuma. Tawaran ini adalah sah dari 9 Mac hingga 30 April 2013 sahaja. Hotlink juga akan memberikan pengguna BlackBerry Pas BlackBerry 1-hari percuma bagi mereka untuk terus berhubung secara online sepanjang hari, hanya pada 8 Mac 2013.

Dengan BlackBerry Z10, pelanggan juga boleh menikmati aplikasi-aplikasi eksklusif Maxis. Ini termasuk:

  • MyMaxis, aplikasi bantu diri yang membolehkan pelanggan Maxis untuk mendapatkan maklumat akaun, melanggan kepada perkhidmatan tambah nilai dan hubungi Maxis melalui pelbagai saluran pilihan.
  • Maxis PayPal, yang membolehkan pelanggan untuk membayar bil Maxis mereka dengan mudah dan lebih selamat melalui telefon bimbit mereka, bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • MyHealthy Heart, aplikasi yang ditawarkan bersama dengan alat pengesanan kesihatan interaktif seperti pedometer, kaunter kalori makanan Malaysia, kalkulator risiko kesihatan dan keupayaan peringatan ubat serta akses kepada berita kesihatan terbaru dari portal Kesihatan MYLAUNCHPAD Maxis.
  • FINDER 301, aplikasi berasaskan lokasi yang menyediakan pengguna maklumat mengenai makanan, restoran, ATM, bank, klinik, balai polis dan banyak lagi di sekeliling mereka.
  • Maxis BPL 2013, yang menawarkan pelanggan maklumat terbaru mengenai musim BPL 2012/2013. Ini termasuk pemberitahuan masa-sebenar (kick-off, skor langsung, separuh masa, sepenuh masa), liputan penuh perlawanan masa-sebenar, ulasan secara langsung, pratonton perlawanan dan laporan selepas perlawanan dan banyak lagi.
  • Maxis Rewards, satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan khas, keistimewaan, baucar diskaun dan lebih – eksklusif untuk pelanggan Maxis.

Dengan BlackBerry 10, setiap ciri, setiap pergerakan, dan setiap perincian direka untuk menolong pelanggan sentiasa bergerak dan termasuk kemajuan seperti:

  • ‘Megintai’ dan ‘Mengalir’ ke BlackBerry Hub – Satu paradigma pengkomputeran mudah alih baru di mana apa yang penting kepada pelanggan sentiasa boleh didapati dengan hanya satu sapuan
  • Keyboard – Memahami dan menyesuaikan diri kepada pelanggan, supaya mereka boleh menaip dengan cepat dan lebih tepat
  • BBM™ (BlackBerry® Messenger) – Membolehkan pelanggan untuk berkongsi dengan orang-orang yang penting kepada mereka dengan segera
  • Teknologi BlackBerry® Balance™ – Melindungi apa yang penting kepada pelanggan dan perniagaan di mana mereka bekerja.

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *