McCafé Tawar Kopi Istimewa dengan Harga Berpatutan

Seiring dengan perkembangan budaya kopi atau ‘coffee culture’ dalam kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia memperbaharui McCafé sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menyediakan kopi premium istimewa kepada para peminat kopi dengan harga yang berpatutan pada bila-bila masa.

Dibuat daripada 100% biji kopi Arabica berkualiti premium, dikisar segar dan disediakan khas oleh barista terlatih, McCafé menawarkan kopi yang cukup enak bermula dengan harga serendah RM5.

McCafé kini boleh didapati di kaunter hadapan dan restoran drive-thru McDonald’s. Tidak lama lagi, pelanggan juga boleh menikmati McCafé di rumah menerusi perkhidmatan McDonald’s McDelivery.

Menurut Azmir Jaafar, pengarah urusan dan rakan operasi McDonald’s Malaysia, McCafé memainkan peranan penting dalam aspirasi McDonald’s untuk menyediakan kopi premium berkualiti tinggi kepada orang ramai. Peranan ini juga bertujuan untuk meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap kopi dengan menyediakan pengalaman yang berharga dan menyenangkan sementara para pelanggan menikmati secawan kopi kegemaran mereka di McCafe.

“Dengan budaya kopi premium yang semakin popular dalam kalangan generasi muda di Malaysia, ini merupakan peluang McDonald’s untuk turut serta dalam berkongsi kegembiraan sebegini dengan mempertingkatkan lagi nilai yang ada pada McCafé.

“Kami sedar bahawa kopi yang enak tidak semestinya mahal dan fokus kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang terbuka, selesa dan mesra dimana orang ramai boleh menikmati secawan kopi premium berkualiti tinggi dengan senang hati,” tambah beliau.

Azmir turut menyatakan bahawa masih terdapat peluang pertumbuhan bagi pasaran ini walaupun terdapat banyak rangkaian kedai kopi di pasaran.

“Kami memiliki lebih 200 cawangan McCafé di Malaysia yang terus berkembang maju. Dengan budaya kopi yang semakin berkembang, kami berhasrat untuk mengambil peluang menembusi pasaran tempatan serta memperluaskan lagi kemampuan kami dan memperbaharui tawaran menu yang lebih menarik pada tahun mendatang,” tambah beliau yang menyatakan bahawa keuntungan McCafé terus meningkat.

Bagi meraikan pembaharuan McCafé ini, McDonald’s telah bekerjasama dengan Media Prima Berhad untuk menerbitkan drama mini empat episod bertajuk Mocha Kau Bahagia. Menampilkan Syafiq Kyle, Farah Nabillah, Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham dan Meera James, drama ini mengisahkan tentang cinta tiga segi diantara tiga krew restoran McDonald’s dalam mengharungi kehidupan seharian bekerja di restoran perkhidmatan segera ini.

Drama ini mula ditayangkan di TV3 pada 1 November 2017, dengan episod akhir dijadualkan pada 2 Disember 2017.Semasa majlis pelancaran, 10 peminat McDonald’s yang terpilih telah diberi kesempatan untuk menghadiri tayangan awal episod akhir drama ini dan sesi bertemu peminat yang diadakan secara eksklusif bersama Syafiq, Farah dan Syazwan.

McCafé Masterclass turut diadakan semasa majlis ini, dimana tetamu yang hadir diberikan penerangan tentang pelbagai jenis kopi dan perkongsian menarik tentang kesesuaian kopi dan kek yang ingin dinikmati.

Sesi pembuatan seni kopi juga dikendalikan oleh barista McCafé khas untuk untuk lima pemenang Fun Quiz semasa majlis ini.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *