MEGADETH Bakal Gegarkan MALAYSIA Di Bulan Mei

Dianggotai empat figura terhebat yang telah mempopularkan genre muzik thrash metal, Megadeth akhirnya mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia!

Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara pada Khamis Mei 4 jam 8 malam.
Ditubuhkan pada tahun 1983, Megadeth memperkenalkan genre terbabit menerusi album pertama mereka yang diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.

“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami sentiasa mahu membuat persembahan apabila kami menjelajah Asia,” demikian kenyataan pengasas bersamadan juga ketua kumpulan berkenaan, Dave Mustaine yang dipetik dalam satu temubual baru-baru ini.

“Mereka akan membenarkan kami membawa jenama muzik thrash kami ke sana dania adalahsesuatu yang tidak wajar dilepaskan,”katanya.
Siri jelajah ini adalah bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah album kelima belas daripada mereka.

Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan menyifatkannya sebagai hasil paling Berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.

Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ini juga adalah pencapaian tertinggi yang pernah di raih band inisejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang Berjaya menduduki tempat kedua di dalam carta terbabit.

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satudaripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain daripada Dave Mustaine yang juga vokalis serta pemain gitar utama kumpulan berkenaan, kumpulan itu turut dianggotai David Ellefson yang bermain bass, Kiko Loureiro sebagai gitaris dan juga pemukul dram Dirk Verbeuren.

Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjuallebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengananugerah platinum untuk lima album berturut-turut.

Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysia berharga RM428 (DethPitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811. Peminat Megadeth just dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 10 Feb 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

 

 

 

Check Also

MEISKA ADINDA MENSAJIKAN LAGU ‘DURSILA’ UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERIMEISKA ADINDA

Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *