Menangi x5 T-Shirt Eksklusif , x10 Pas Berkembar & Poster “CHANTEK”

Menelan kos RM1.4 juta, Chantek mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur. Ini merupakan filem kedua (filem pertama, Hijab) sentuhan Pierre dibawah terbitan Empat Semudra Plantations Sdn Bhd.

Mengisahkan Chantek (Nurul Ekasari), seorang gadis Aceh yang masih dibayangi peristiwa hitam tsunami yang melanda negaranya telah membawa diri ke Malaysia untuk mencari rezeki sekaligus membina kembali keyakinan dirinya. Chantek akhirnya ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah kepada Ad Adi (Pierre Andre), seorang pelakon Malaysia terkenal yang membawa diri ke sebuah pulau setelah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya menjadi buta. 

Menarik dan lucu apabila Chantek bekerja bersama Ad, dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana Ad mengalami trauma terhadap perempuan kesan dipermainkan oleh tunangnya sendiri. Daripada suara sehinggalah tingkah lakunya, Chantek terpaksa meyakinkan Ad yang dia adalah seorang lelaki. Namun lama kelamaan Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya.

Walaupun telah dihalau, Chantek kembali kepada Ad demi cintanya yang mula mekar. Ceritanya tidak berakhir disini, penonton bakal dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terduga oleh mereka sendiri.Memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk ‘Begitu Indah’, filem ini turut dicantikkan dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas, lagu Sadis nyanyian Afgan dan selitan lagu popular Awi Rafael, ‘Pulanglah’ yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta Chantek dan Ad.

Filem Chantek dibintangi oleh Pierre Andre, Nurul Ekasari, Kim Wah, Maimon Mutalib dan ramai lagi. Menemui anda di pawagam mulai 16 Februari ini!

Jawab soalan-soalan di bawah:

x5 Hadiah Utama : Baju-t eksklusif + Pas Tayangan Berkembar + Poster

x5 Hadiah Kedua : Pas Tayangan Berkembar

Soalan 1 :  Berikan nama pelakon yang melakonkan watak “Chantek” didalam filem ini dan dari negara mana ia berasal?

Soalan 2 : Lokasi penggambaran filem “Chantek” dilakukan dimana?

Soalan 3 : Filem “Chantek” adalah filem arahan ke berapa Pierre Andre dibawah terbitan Empat Semudra Plantations Sdn Bhd?

Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat,No. IC dan No Tel. Sila letak tajuk email Contest “Chantek”.

Tarikh tutup penyertaan: 18 Februari 2012

Check Also

HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *