MH17: Pesawat Sah Bawa 298 Penumpang, Sidang Media Jam 4 Pagi

IMG-20140718-WA0016

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

*Sumber – Astro Awani & CNN

Check Also

MITCHELL CHEAH DAN NAQUIB AZLAN AKAN MEMIMPIN SERANGAN WING HIN MOTORSPORTS DALAM PUSINGAN 1 THAILAND SUPER SERIES

Mantan pemandu kereta balap antarabangsa, Mitchell Cheah, dan pemenang perlumbaan Endurance Sepang 1000km, Naquib Azlan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *