Miliki Set Gelas Sukan Olimpik Dari McDonald’s

Kemeriahan Sukan Olimpik disambut di seluruh pelosok dunia, dan rakyat Malaysia turut bergembira dengan mengumpul memorabilia Olimpik istimewa, iaitu Gelas Sukan Olimpik London 2012 Coca-Cola edisi terhad dari McDonald’s.Koleksi peringatan Sukan Olimpik London ini boleh didapati dalam enam warna yang berlainan. Setiap satunya mempamerkan piktogram acara sukan Olimpik – Bolasepak, Lumba Basikal, Olahraga, Renang, Gimnastik dan Bola Keranjang. Reka bentuk yang unik dalam pelbagai warna ini diperkenalkan satu per satu setiap hari Jumaat.

Kempen dimulakan dengan rekabentuk Bolasepak pada 6 Julai dan akan berlangsung sepanjang 6 minggu hingga 16 Ogos. Sebiji gelas akan diberikan percuma dengan setiap pembelian Hidangan Gelas Coca-Cola McDonald’s, yang merangkumi Hidangan McValue besar bersama Sundae atau McFlurry. Pelanggan McDonald’s dapat memilih antara 18 jenis Hidangan McValue besar dan 9 jenis pencuci mulut.

 

Kempen Gelas Olimpik Coca-Cola merupakan satu daripada inisiatif McDonald’s, selaku Restoran Rasmi Sukan Olimpik, untuk menyemarakkan lagi semangat Olimpik dalam kalangan rakyat Malaysia. Baru-baru ini, McDonald’s telah menganjurkan Larian Hari Olimpik terbesar yang pernah diadakan di Malaysia di samping melantik dua daripada angkatan pekerjanya yang terbaik untuk mewakili Malaysia dalam promosi McDonald’s di Sukan Olimpik London.

Check Also

KONSERT DR ALBAN ‘LIVE IN MALAYSIA’ KEMBALI DENGAN PERSEMBAHAN DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025 – Mojo Projects dan Tuff Loud dengan bangganya mengumumkan konsert …

MASDO KEJUTKAN PEMINAT DENGAN PENGUMUMAN KONSERT ULANG TAHUN KE-10 SECARA EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran MASDO, yang terkenal dengan irama pop yeh yeh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *