Monodrama Cinta Julia

’Cinta Julia’ merupakan hasil naskah STEFANI Events yang buat julung kalinya menampilkan persembahan solo Fauziah Nawi dimana akan memperlihatkan bakat beliau yang versiti sebagai seorang primadona yang disegani.

Pertama kali dipersembahkan pada tahun 2008, naskah ini telah mendapat  sambutan yang begitu positif dikalangan penonton dan pihak media dan masih mendapat banyak permintaan dari peminat seluruh negara agar ia dipersembahkan sekali lagi bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan di negeri-negeri seluruh Malaysia. Diatas sambutan yang menggalakkan Cinta Julia telah diundang untuk dipersembahkan di  Esplanade, Singapura pada Oktober 2010. Gabungan ini merupakan salah satu usaha STEFANI untuk mengeratkan hubungan Malaysia dan Singapura melalui teater disamping memartabatkan dan memperkayakan kesusasteraan Melayu.

Persembahan ’Cinta Julia telah berjaya menyentuh perasaan setiap penonton bukan sahaja melalui mesej yang kuat dan penulisan naskahnya yang bagus tetapi juga melalui persembahan solo primadona Malaysia, Fauziah Nawi yang begitu mantap, bertenaga dan versitile.

Cinta Julia merupakan sebuah teater yang memaparkan epilog seorang primadona dalam mempertahankan cinta, kasih, kepercayaan dan maruah.

Pementasan akan diadakan pada 15 dan 16 September 2012 di Lambang Sari,Istana Budaya jam 8.30 malam. Tiket-tiket berharga RM50,RM30 dan RM20 (Pelajar) dengan hubungi 03-40265558.

SINOPSIS

Ayah kerja di kilang arak..pangkat tinggi..dapat anak dari hasil duit arak..Ibu tak tau baca .. buta huruf..tapi mengerti nilai hidup.. dari keterasingan ini, Julia berjuang  meneruskan keberlangsungan hidup walau dibayangi kehinaan dari sebahagian masyarakat ..  dari keterasingan ini juga ,Julia mencari nilai sebenar cinta seperti apa yang dipamerkan oleh ayah dan ibunya..terutama sekali sang Ibu yang hingga keakhir hayat teguh memeluk cinta sang suami … dari keterasingan ini juga Julia akhirnya menyerahkan diri kepada cinta hakiki…dari yang dikasihi untuk yang Maha kasih.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *