Monoloque & Isteri Perkenal Anak Di Majlis Aqiqah

BERTEMPAT di kediaman ibu bapa isteri Loque, Dahlia Nadirah, berlangsungnya satu majlis cukur jambul buat anak sulung mereka. Bermula pada jam
9 pagi, majlis disertakan dengan nyanyian marhaban dan bacaan ayat suci al-Quran.

Anak sulung pasangan Khairil Ridzwan atau lebih dikenali dengan nama popularnya Loque dan isteri, Dahlia Nadirah ini dilahirkan pada 17 April 2013, jam 3.36 petang secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bayi yang diberi nama Anggerik Dang Jelita Binti Khairil Ridzwan ini seberat 2.78kg sewaktu dilahirkan.

Anggerik Dang Jelita merupakan cucu kedua kepada ibu bapa Loque, Dato’ Annuar Maarof dan isteri, Datin Hairul Bariah. Manakala bagi sebelah keluarga perempuan pula, Anggerik merupakan cucu ketiga kepada ibu bapa Dahlia, Encik Juhari Ibrahim dan Puan Normah Yusoff.

“Saya berasa syukur dengan kelahiran anak sulung saya, Anggerik Dang Jelita, bagaikan tidak percaya yang saya kini seorang ayah. Saya juga anggap ini adalah rezeki berterusan oleh Allah S.W.T.. Sewaktu sibuk dengan Versus dan persembahan lain lagi, saya banyak membahagikan masa kerjaya dan bersama isteri dan anak saya. Saya bagaikan tidak mahu melepaskan setiap masa yang saya ada bersama isteri dan anak saya. Ini pengalaman dan perjalanan baru dalam sisi hidup saya sejak berkecimpung dalam dunia seni sejak sekian lama,” Kata Loque ketika ditanya mengenai kelahiran bayi sulungnya itu.

Ini pula kata isteri, Dahlia Nadirah, “Saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa Loque dan saya kerana sepanjang saya mengandung dan bersalin, mereka bagaikan menantang minyak yang penuh kepada saya. Saya bersyukur juga kepada Allah S.W.T. kerana diberi ketenangan ketika bersalin walaupun menghadapinya adalah satu pengalaman yang baru dan mencabar.”

Majlis Aqiqah ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara-mara kedua-dua belah keluarga.

 

Kredit Foto oleh Kadir Chan

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *