Mourinho Janjikan Aksi Menghiburkan Buat Peminat

Kelab bola sepak terkenal di dunia iaitu Chelsea tiba di Kuala Lumpur semalam selepas mengadakan perlawanan di Thailand. Mereka bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia XI pada hujung minggu ini dalam perlawanan kedua Jelajah Asia 2013 ‘Here to Play, Here to Stay’.

The Blues tiba di Malaysia dengan barisan terkuat yang menampilkan John Terry, Frank Lampard, Eden Hazard, Demba Ba, Ashley Cole dan pembelian terbaru Andre Schurrle, Marco Van Gintel dan Mark Schwarzer.

Jose Mourinho, berkata bahawa The Blues tidak sabar menantikan pertembungan dengan pasukan Malaysia, seterusnya akan menurunkan kesebelasan utama terbaiknya. Perlawanan Chelsea menentang Malaysia XI bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam dengan kapasiti 68,000 pada 21 Julai (Ahad) jam 9.45 malam. Setakat ini sebanyak 40,000 tiket telah habis dijual. Tiket-tiket yang berharga RM58, RM88, RM108, RM308 dan tiket VIP terhad RM408 masih lagi dijual. Semua tiket boleh didapati di hotline Ticketpro 03-78807999 atau di kaunter tiket di seluruh Malaysia.

 

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *