Muzik Untuk Halwa Telinga Anda Dengan Nissan ALMERA Playlist

Sama ada menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang atau terperangkap dalam kesesakan di Jalan Sultan Ismail, anda tidak boleh nafikan bahawa muzik ialah teman terbaik ketika memandu.

Kolaborasi Kreatif

Nissan ALMERA baru-baru ini berkolaborasi dengan DJ Gaijin dan Mono untuk menghasilkan muzik yang diinspiraskan oleh sedan global paling laris. Cakera padat (CD) Nissan ALMERA Playlist yang eksklusif itu menampil 6 buah lagu segar yang dicipta khas untuk pemandu generasi muda hari ini.

Gaijin & Mono yang kedua-duanya merupakan alumni kepada JUICE DJ Quest dan Pioneer Digital DJ Battle menghasilkan satu gabungan muzik tarian elektronik, selain campuran genre muzik house, electronica, nu rave dan tekno yang diinspirasikan  daripada gaya kemas Nissan ALMERA ketika menyusuri jalan raya.

Mulai hari ini, daftarkan diri anda untuk memandu uji Nissan ALMERA di mana-mana siri jelajah Nissan di seluruh negara dan terima cakera padat (CD) Nissan ALMERA Playlist edisi terhad sementara stok masih ada.

 

Siri Jelajah Nissan

24-26 Mei                    Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang

24-26 Mei                    Delta Mall, Sibu

31 Mei-2 Jun               SACC Mall, Shah Alam

7-9 Jun                        Kluang Mall, Kluang, Johor

28-30 Jun 2013           City One, Kuching

 

Sementara itu, pelawak terkenal, Kavin Jay juga membat penampilan bersama Nissan Almera dalam tiga video bertajuk “See them, See them not. Almera saves you from the peacock”, “She’s Sexy, She’s My Baby” dan “No Almera, No Blind Dates”.  Tonton momen-momen pelik dan menggelikan hati Kavin bersama pasangannya di http://bit.ly/10HR9AW

Peraduan Duta Belia

Nissan juga telah berkolaborasi dengan enam universiti terpilih (Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, HELP University, Taylor’s University, INTI International University dan Tunku Abdul Rahman College) untuk menjayakan Peraduan Duta “Almera Surprises Uyouth” yang diadakan mulai 17 April hingga 13 Mei 2013.

Dalam peraduan ini, para pelajar perlu merakam gambar diri mereka dengan Nissan ALMERA dan memuat naik ke laman Facebook Nissan Malaysia.

Sila layari laman Facebook Nissan Malaysia untuk melihat senarai finalis Duta ALMERA “Hot & Sexy” vs “Huge & Cute”. Pemenang ialah mereka yang mendapat ‘LIKE’ paling banyak dan bakal menerima sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy SIII.

Sedan Global Paling Laris

Nissan ALMERA telah menerima maklum balas positif sejak dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada tahun lalu. Di pasaran antarabangsa, ia merupakan sedan global paling laris dalam kelasnya.

Pemandu muda nyata amat menyukai ciri-ciri teknologi tinggi dan keluasan ruang yang biasanya ada pada kenderaan lebih premium. Sebagai tambahan, Nissan ALMERA benar-benar menyerlah dengan harga kompetitif, sekali gus menawarkan kereta yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Ansuran bulanan bermula RM499

Kini, rakyat Malaysia boleh memiliki sebuah Nissan ALMERA dengan bayaran bulanan hanya RM499 dan juga menikmati RM3,000 rebat tunai.

Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan kami di talian Tol Percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my. Pandu uji boleh diuruskan di bilik pameran terdekat anda.

 

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *