‘My Way’ – Kisah Dua Pemuda Dari Dua Negara

Sebuah filem Korea pertama berlatar belakangkan era perang dunia kedua bakal menggegarkan pawagam Malaysia bermula 19 April ini. ‘My Way’, membongkar misteri seorang pemuda Korea yang merupakan satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat setelah menempuh tiga peperangan besar melibatkan tentera Mongolia, Kesatuan Soviet dan tentera Jerman yang mengheret dirinya sejauh 12,000 kilometer meninggalkan kampung halamannya.

Di bawah arahan Kang Je-kyu, filem yang menelan modal sebanyak RM77.3 milion ini telah mengangkat industri filem Korea ke satu tahap yang boleh dibanggakan dengan paparan perang segenap dunia termasuklah peristiwa petempuran dahsyat di Normandy yang pernah diabadikan menerusi filem Hollywood, ‘Saving Private Ryan’.

Mempertaruhkan pelakon hebat Korea, Jang Dong-gun, filem ini telah mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak RM36 milion sewaktu tayangannya di Korea pada Disember 2011, manakala kutipan keseluruhan tayangannya di pasaran antarabangsa telah menjangkau sebanyak RM108.5 milion setakat ini.

Kini, tiba giliran rakyat Malaysia pula untuk menyaksikan filem terhebat Korea ini apabila Knotty Ideas Sdn Bhd dengan kerjasama Alternate Pictures membawa masuk filem itu ke sini.

Sinopsis

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda  Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka.

Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.
Berjayakah misi mereka?
[nggallery id=67]

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *