Nissan ALMERA & Grand LIVINA Terima Anugerah Live Life Drive Car of The Year Awards 2012/2013

Nissan ALMERA dan Grand LIVINA telah diumum sebagai penerima anugerah Live Life Drive Car of the Year Awards 2012/2013. for its respective category.

Nissan ALMERA, sedan Nissan terlaris global telah dinobatkan sebagai Car of the Year 2012/2013 untuk kategori Sedan Kompak/Hatch. Nissan ALMERA merupakan sedan segmen B, bersama ciri-ciri teknologi canggih dan rekaan aerodinamik yang bergaya, selain keluasan ruang but dan kaki yang sukar dipercayai dalam pakej mampu milik. Sedan ini dibina di atas platform global “V” (versatile) baharu yang menggunakan badan ringan tetapi tegar bersama komponen penuh ciri keselamatan.

Turut berkongsi kejayaan itu ialah Nissan Grand LIVINA yang menerima anugerah Live Life Drive Car of the Year Awards 2012/2013 untuk kategori MPV Kompak. Terkenal dengan tagline “Pemanduan seperti sedan, kemampuan seperti MPV”, ia menggambarkan pemanduan yang lancar dan penngendalian seperti sebuah sedan. Pada masa yang sama, ia boleh menempatkan tujuh orang dewasa dengan selesa. Grand LIVINA memiliki reputasi sebagai sebuah MPV yang bernilai untuk wang, berkualiti tinggi dan layak menerima pengiktirafan.

Live Life Drive Car of The Year Awards merupakan anugerah yang membantu pengguna di Malaysia untuk membuat keputusan membeli kereta dengan lebih bijak. Kereta-kereta ini diberi anugerah berdasarkan kepada pelbagai kriteria termasuklah harga, aspek keselamatan, praktikaliti, pengendalian dan gaya. Setiap metrik ini dinilai secara berbeza berdasarkan kepada kategori masing-masing.

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *