Nora Danish Akui Pernah Sengaja Ponteng Puasa

Aktres cantik Nora Danish mendedahkan dia sendiri pernah ponteng puasa dengan sengaja. Tetapi ketika itu dia masih kecil dan masih baru-baru hendak belajar berpuasa. Tetapi perkara itu dijadikan pengajaran dan kata Nora bila di kenangkan kembali, ia menjadi nostalgia manis dalam hidupnya.

“Waktu kecil dulu, pernah juga ponteng puasa. Biasa lah tu kan… depan mak kita cakap kita puasa. Tapi bila mak tak nampak, kita curi-curi minum (gelak)”, kata Nora.
Beralih tentang perkembangan kerjaya, Nora berkata sepanjang bulan puasa ini dia masih tetap menjalani rutin seperti biasa. Namun dia cuba mengurangkan jadual seni kerana mahu menumpukan perhatian pada ibadah sekaligus mendapatkan keberkatan bulan Ramadan.
Disamping itu kata Nora, dia mahu bersama-sama anak tunggal kesayangannya, Rayqal lebih mendekatkan diri dengan ibadah sembahyang terawih dan amalan seperti mengaji Al-Quran. Begitu pun Nora belum lagi mengalakkan puteranya itu berpuasa memandangkan Rayqal baru berusia empat tahun.
“Tahun ni saya belum galakkan dia berpuasa sebab dia kecil lagi. InsyaAllah, tunggu dia besar sikit. Kalau ikutkan pun sebenarnya Rayqal bukan lah seorang yang pemakan. Dia lebih banyak minum susu. Kalau makan, dia memang kurang.
“Tapi dalam bulan ramadan ni saya ambil peluang bersama-sama dengan dia, mengaji dan pergi terawih. Perlahan-lahan saya didik dia dan bagi dia biasakan diri dulu”, tuturnya.
Selain itu, dia juga bakal muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri, Ijab dan Qabul pada Syawal nanti. Drama yang bakal bersiaran di TV3 itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Adi Putra dan Fouziah Gous.

Check Also

Ratusan Pelabur Menjadi Mangsa Penipuan Skim Pelaburan oleh Seorang “Datuk Wira”

Seorang pelabur British yang ditipu melebihi RM60 juta oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bergelar “Datuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *