ntv7 siar Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013

Rakyat Malaysia bakal menyaksikan perlumbaan Formula 1 Petronas Grand Prix 2013 di ntv7 yang bakal menyiarkan sesi pusingan kelayakan dan perlumbaan secara LANGSUNG pada 23 & 24 Mac (Sabtu dan Ahad) ini setelah mendapat hak penyiaran perlumbaan berprestij itu.ntv7 juga bakal membawakan laporan khas yang disampaikan oleh pengacara, Joanne de Rozario yang bakal membawakan berita terkini mengenai perkembangan baru dan memberikan ulasan sebelum dan selepas acara perlumbaan.

 Lebih menarik, Saluran Ceria Anda juga bakal membawakan liputan tambahan acara F1 Street Demonstration yang bakal diadakan pada 17 Mac nanti serta temuramah eksklusif dari Litar Antarabangsa Sepang bagi memberi lebih informasi kepada para penonton.

LIPUTAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2013 di ntv7:

 

Sesi Perlumbaan Kelayakan

23 Mac 2013 (Sabtu)

3.50 petang

Mula

4.00 petang

Sesi Kelayakan (secara langsung)

5.10 petang

Tamat

 

 

Hari Perlumbaan

24 Mac 2013 (Ahad)

3.30 petang

Grandstand (secara langsung)

4.00 petang

Perlumbaan (secara langsung)

6.10 petang

Tamat

*Masa yang ditunjukkan adalah waktu tempatan (Kuala Lumpur)

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *