‘Pagari Bulan’ Ketengahkan Kisah Derita Dan Kekuatan Seorang Gadis

Kisah di Kota Bharu Disember 1941, seorang gadis bernama BULAN (20an) anak sulung pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu ISMAIL(50) dan isterinya HASNAH berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan dari arah pantai. Penduduk kampung berdekatan Kota Baharu dan kampung lain terpaksa pertahankan kampung mereka dalam apa cara sekalipun, namun di ketika pihak British yang selalunya ada bersama menjaga mereka, telah disingkir keluar, penduduk cemas dan tidak sempat menyusun langkah pertahanan yang teratur. Maka ramai yang didera dan dibunuh, dan anak gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka comfort woman. BULAN bersama adiknya KASIH (11) dan sahabatnya SUI LI (20an) juga ditangkap. Dikurung, dipaksa mengikut segala kemahuan wanita yang ditugaskan menjaga mereka iaitu MOMOSAN (30an).

Ramai lagi gadis kampung yang dikurung dan ia menyatukan penduduk kampung untuk merancang menyelamatkan anak gadis mereka termasuk ISMAIL, AH LEONG iaitu ayah SUI LI,. Malangnya semasa usaha menyelamatkan, AZU (30an) orang kanan ketua pemerintah Jepun yang berkuasa di situ iaitu KUZAWA (50) telah berjaya menangkap ISMAIL dan beberapa orang penduduk dan dihantar ke utara untuk kerahan tahanan membina landasan keretapi. AH LEONG dan beberapa orang kampung meneruskan usaha menyelamatkan anak anak mereka.Ramai gadis lalui tekanan perasaan apabila dipaksa memuaskan nafsu tentera Jepun yang ada, termasuk SUI LI dan KASIH.

Walaupun KASIH tidak dijadikan pemuas nafsu tentera Jepun kerana MOMOSAN tidak mahu perempuan bawah umur, tetapi suasana terkurung menjadikan KASIH sakit dan semakin lemah. Berbeza dengan BULAN yang sejak kecil dilatih oleh ayah menjadi gadis lasak, tangkas bersenjata setiap kali mengikuti ayah berburu di hutan dan kata kata hikmah yang ayah tegaskan kepada BULAN, buatkan walau luarannya lembut gadis Melayu tetapi punya tenaga dan semangat untuk survival yang sangat kental. BULAN harus bertahan dan mencari jalan bebas. Daya penarik semulajadi gadis Melayu ini, bukan saja dapat melembutkan hati MOMOSAN tetapi juga menjadi tumpuan istimewa KUZAWA sehingga dia terjaga dari diusik oleh tentera lain.

Semasa BULAN berjuang untuk terus hidup, muncul seorang leftenan muda, MIURA (hujung 20an) yang ditugaskan ke markas kuasa KUZAWA dengan membawa etika ketenteraan lebih profesional dan menolak nilai keganasan penderaan terhadap penduduk yang dijajah. MIURA juga seorang yang terpelajar dan telah mengkaji dan mengenali bahasa dan budaya penduduk Tanah Melayu sebelum datang bertugas. Apabila MIURA melihat begitu banyak kekejaman yang berlaku, dia tidak sefahaman dan menentang cara KUZAWA. MIURA juga mengenali kekuatan gadis bernama BULAN ini yang baginya luar biasa bagaimana semangat penduduk di situ dengan BULAN sebagai lambangnya kentalnya hati mereka mahu bebas dari kekejaman dan penjajahan.MIURA cuba membantu BULAN secara tidak langsung di belakang pengetahuan KUZAWA sehingga MIURA sendiri jatuh cinta dengan BULAN.

AZU pula dapat menghidu apa yang mahu MIURA lakukan. AZU menyerang sesiapa saja yang disyaki berpakat dengan MIURA.ISMAIL walaupun diduga tahanan pekerja landasan keretapi dan menanam periuk api, dia berusaha untuk terus bertahan demi anak dan isterinya. AH LEONG yang pada awal seteru dengan ISMAIL, melupakan pertelagahan mereka, sebaliknya berpakat dengan beberapa penduduk kampung dan MIURA untuk banteras keganasan KUZAWA. Dia juga mahu pastikan anaknya SUI LI selamat. Malangnya SUI LI terkorban demi keselamatan BULAN dan terbunuh di tangan AZU. MIURA bersama penduduk kampung jalankan serangan terhadap markas KUZAWA dan dapatkan keadilan buat mereka yang dianiaya. BULAN tidak boleh menunggu lagi, demi cinta MIURA terhadap BULAN, dia pasikan BULAN selamat walaupun mereka mungkin tak dapat bertemu lagi.BULAN akhirnya berjaya melarikan diri dan berjanji akan kembali membawa bantuan untuk bebaskan yang lain termasuk adiknya KASIH, namun di fasa itu, BULAN sudah mengandung.

Dan pastinya anak itu dari darah Jepun yang diluar kerelaannya, namun dia tidak sanggup menjadi pembunuh kepada bayi yang tak berdosa itu. Dalam keadaan berbadan dua, dia pulang ke kampung, mencari ibunya namun ibu yang selama ini berdoa anak anaknya selamat, telah menolak kepulangan BULAN yang mengandung kerana malu dengan cemuhan penduduk yang mengatakan anaknya sebagai pelacur tentera Jepun.Dengan berat hati dan belajar untuk memahami, BULAN keluar dari kampung dan berkelana membawa kandungannya yang dah sarat.

Di saat dia sudah sakit untuk melahirkan anaknya di dalam hutan, AH LEONG yang berjaya selamat dari serangan tentera Jepun, membantu BULAN dan menyambut anak BULAN yang lahir di dalam hutan, semasa bulan purnama yang menerangi mereka.Bulan lihat wajah anaknya yang tak bergerak lagi, cahaya bulan tersimbah ke wajah anak. Seakan bayi bergerak sedikit. Bulan berharap.Cahaya dari cahaya bulan. Dari celahan pokok pokok, terlihat bulan penuh seakan pucuk dan daun ranting pokok memagarinya.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *