Pelancaran Treler Rasmi, OST Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Hari ni tanggal 12hb Disember 2023, sukacitanya kami merasmikan pelancaran treler, OST dan merchandise eksklusif filem kami yang ke2 yang berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah. InshaAllah akan ditayangkan pada 11 hb Jan 2024 tertakluk kepada pengesahan daripada pihak Finas.

Kami benar-benar mengharapkan filem ini akan mendapat sambutan yang hangat serta dapat menghiburkan para penonton kelak. Sebagaimana yang tuan-tuan telah maklum konsep hiburan yang dibawa oleh Studio Kembara ialah Hiburan Bermanfaat. Kami percaya filem ini ada mutu yang tersendiri dan bukan itu sahaja ia juga membawa mesej-mesej yang bermanfaat, bagus, yang menyuntik semangat cinta tanah air serta inspirasi yang diperlukan pada waktu ini.

Musim ini kami menambah nilai sajian kami dan sukacita memperkenalkan tagline baru iaitu Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga. Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagaimana tagline. Saya mengajak sidang penonton dan rakyat Malaysia amnya untuk beramai-ramai seisi keluarga menonton filem ini. Sukacita kami mencadangkan untuk jadikan filem ini sebagai 1 acara santai keluarga atau acara hari bersama keluarga, beramai-ramai mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah persaudaraan keluarga dengan datang dan berhibur menonton filem ini.Kami percaya filem ini sangat berbaloi untuk ditonton.

TRELER RASMI

Treler PENDEKAR AWANG ini memberikan gambaran menarik ke dalam visual dan naratif yang menanti penonton. Dari adegan aksi yang mendebarkan emosi penonton. Treler ini memaparkan sebahagian kecil elemen-elemen pelbagai dalam filem ini. Treler ini boleh ditonton secara eksklusif di kesemua media sosial Studio Kembara selepas pelancaran dibuat.

OST FILEM

OST filem PENDEKAR AWANG membawa perasaan dan kandungan atmosfer filem kehidupan melalui sebuah lagu yang penuh dengan maksud tersirat selari dengan konten filem PENDEKAR AWANG.

MERCHANDISE EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT SETIA

Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian merchandise rasmi PENDEKAR AWANG untuk peminat setia kami dengan kerjasama strategik bersama KUMPULAT MALAKAT. Dari pakaian hingga barangan koleksi, setiap item direka khas untuk filem ini. Merchandise boleh didapati di kedai dalam talian kami di platform malakat.com selepas pelancaran dengan membuat pembelian secara Preorder.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *