Pelbagai Aneka Pilihan Breakfast Combo Dari AirAsia

Breakfast Combo

AirAsia baru-baru ini telah melancarkan promosi terbaru bagi hidangan sarapan pagi yang dinamakan Breakfast Combo. Ia mula dilancarkan pada 1 Februari 2014 yang lepas.

Breakfast Combo dari Air Asia ini terdiri daripada Pak Nasser’s Nasi Lemak, Roti Canai dengan Chicken Curry,Rice Congee dengan Scallops serta Pancake dengan butter & maple syrup.Semua breakfast combo ini berharga dari RM10 dengan percuma minuman coffee atau teh tarik.Ia hanya untuk penerbangan AK sahaja dan bermula dari jam 5.30 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

Pak Nasser’s Nasi Lemak Untuk Combo A iaitu Pak Nasser’s Nasi Lemak ia berharga RM12 termasuk percuma air coffee atau teh tarik.Ia dihidangkan dengan sambal ikan bilis,rendang ayam dan telur rebus.

Roti Canai with Chicken Curry

 

Bagi Combo B pula, menu ini berharga RM10 terdiri daripada Roti Canai dengan Kari Ayam berserta ubi kentang. Teh Tarik atau coffee juga diberi secara percuma untuk combo ini.

Scallop Congee

 

Untuk combo C, Rice Congee dengan Scallops merupakan sajian sarapan pagi yang popular bagi kaum cina. Ia kini juga boleh didapati ketika berada didalam pesawat AirAsia. Harga untuk combo ini RM10 dengan coffee atau teh tarik percuma.

Pancakes with Butter and Maple Syrup

 

Bagi combo D pula ia adalah sajian Pancake dengan butter & maple syrup dan berharga RM10 dengan coffee dan teh tarik percuma. Kini kita boleh menikmati hidangan sarapan seperti pancake dan roti canai apabila kita berada di awan biru juga.

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *