Pemenang AJL 27 Terima Habuan

Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) telah melakar satu lagi sejarah dalam aspek kreativiti penganjurannya apabila berjaya meraih jumlah tontonan 6 juta penonton ketika disiarkan secara langsung pada 6 Januari 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tahun ini, AJL27 juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik sempena meraikan ulang tahun ke-27 dengan memartabatkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya penyanyi Yunalis Zarai sebagai juara.

Bertemakan konsep Ekspresi Seni, keunggulan anugerah berprestij tahunan ini sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya mencetus satu fenomena baru. Gelombang seni AJL27 yang telah bergema pada awal tahun ini, ternyata memberi impak yang besar kepada industri muzik tanah air apabila AJL27 masih menjadi bualan ramai hingga ke hari ini. Sebagai tanda penghargaan AJL27 buat semua peminat dan penyokong anugerah berprestij ini, AJL27 telah menghasilkan album khas denganย  mengkompilasikan lagu-lagu finalis AJL27. Album ini boleh didapati di setiap kedai muzik dengan harga RM29.90.

Sempena dengan kejayaan penganjuran AJL27 baru-baru ini, satu majlis penghargaan dan penyerahan cek kepada para pemenang AJL27 diadakan bagi meraikan para finalis AJL27, kru produksi, tenaga kerja AJL27 dan juga pihak media yang telah memberikan publisiti secara meluas kepada acara tersebut. Di samping itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh pemenang persembahan terbaik AJL27, Black & RJ menerusi lagu mereka Teman Pengganti serta pemenang vokal terbaik dan tempat ketiga AJL27, Hafiz dengan lagunya Ku Akui. Seterusnya, pemenang tempat kedua AJL27, Azlan & The Typewriter juga tidak ketinggalan mempersembahkan lagu mereka bertajuk Idola buat tetamu yang hadir. Majlis ini pasti tidak akan lengkap tanpa persembahan juara AJL27, Aizat tampil dengan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya oleh Yuna.

Majlis penyerahan cek kepada para pemenang AJL27 telah disempurnakan oleh En.Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima. Hadiah yang dimenangi oleh para ย pemenang AJL27 adalah seperti berikut:-

JUARA LAGU KE 27 (Lagu Terukir Di Bintang) Trofi dan wang tunai RM 35,000
NAIB JUARA LAGU KE 27 (Lagu Idola) Trofi dan wang tunai RM 15,000
TEMPAT KETIGA JUARA LAGU KE 27 (Lagu Ku Akui) Trofi dan wang tunai RM 12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK (Lagu Teman Pengganti) Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK (Hafiz) Trofi dan wang tunai RM 10,000

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *