Pencarian MISS PINK LADY bermula Disember ini secara online

Awal bulan ini bertempat di Sudirman Café, EDC Hotel, Kuala Lumpur telah berlangsungnya satu majlis pelancaran siri-web realiti pencarian peragawati ‘MISS PINKLADY’ di mana 12 peserta wanita bersaing dalam pelbagai cabaran untuk merebut gelaran sebagai Miss Pinklady yang pertama. Semua finalis  akan ditempatkan bersama  di dalam satu banglo yang terletak di Kuala Lumpur yang mana lokasinya dirahsiakan.Miss Pink Lady merupakan sebuah program pertandingan realiti atas talian (web-reality show) yang dianjurkan oleh jenama produk kesihatan tambahan bagi wanita, Pink Lady dan diterbitkan oleh iCube Studio. Program baru ini bertujuan untuk mencari wajah baru dalam persada dunia peragaan dan menjadi peragawati yang serba boleh.

Program yang mirip kepada program realiti televisyen  America’s Next Top Model ini bakal menguji kesemua finalis bukan sahaja berdasarkan kemahiran peragaan mereka, malah pelbagai bakat lain juga. Mereka juga akan  dibimbing oleh Sunshine yang merupakan Model antarabangsa, Sunshine juga dipilih sebagai Mentor mereka sepanjang program itu berlansung.

Dari minggu ke minggu, juri profesional akan mengadili setiap tugasan yang diberikan dan akan memberi markah untuk setiap tugasan. Penyingkiran peserta akan dibuat jika setiap tugasan tidak dapat memenuhi kriteria tugasan yang diberi.Pengarah Urusan daripada iCube Studio, En Mohd Hafiz Naslallizi berkata “kami mencari seseorang yang bukan sahaja hebat dari segi peragaan tetapi mempunyai pelbagai bakat lain untuk menjadi bintang yang serba boleh dan mengikut kehendak industri pada masa kini”.

Produser program En Azwan ismail berkata “untuk memastikan program ini berjalan lancar kami membuat persiapan rapi dan mengangkat program ini setanding dengan program antarabangsa, disamping menggunakan tempat yang prestij seperti di istana budaya sebagai tempat ujibakat program ini”.

Setiap episod akan merangkumi pelbagai aspek sebagai seorang pragawati dan ‘public figure’ antara tugasan  yang akan diberikan seperti peragaan, photoshoot, acara kebajikan, video komersial, aktiviti lasak dan sebagainya.

Penonton dapat mengundi peserta kegemaran mereka di laman web rasmi www.pinklady.tv . Sementara itu siaran langsung akan diadakan secara mingguan di laman web rasmi Miss Pink Lady, serta melalui platform media sosial seperti di Youtube, Facebook, serta di portal Rentak Sejuta selaku rakan media rasmi program ini.Penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan hadiah lain di penghujung setiap episod.

Pemenang Miss Pink Lady bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 sekali gus dinobatkan sebagai Miss Pinklady yang pertama sewaktu acara kemuncak yang dijangka akan berlansung pada pertengahan Februari 2019 kelak.

Program Miss Pink Lady akan bersiaran secara langsung secara ‘live streaming’ pada setiap hari Sabtu jam 9 malam mulai 1 Disember 2018 di saluran rasmi Youtube, Pink Lady TV dan di laman rasmi Facebook, Instagram misspinklady.tv, serta dapat ditonton di saluran-saluran hiburan portal lain secara serentak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Miss Pink Lady, sila layari www.pinklady.tv dan ikuti akaun Instagram rasmi di @misspinklady.tv

Check Also

Kejayaan Berryfull Honey Lemon Inayah Beauty: Perisa Baharu yang Meraih RM2.5 Juta

Inayah Beauty, syarikat tempatan yang terkenal dengan produk makanan tambahan Berryfull, Gattox dan Break Oat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *