Penyanyi & Komposer Adam Ahmad Meninggal Dunia

adam-ahmad

Penyanyi dan komposer era 80-an yang popular dengan lagu ‘Kau Pergi Jua’ iaitu Adam Ahmad telah meninggal dunia pada pukul 12.15 malam tadi di Hospital Ampang.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis, tekanan darah rendah dan jangkitan kuman dalam darah.

Jenazahnya akan di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka Ampang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cempaka, pada pagi ini.

Perkara tersebut di sahkan oleh rakan seangkatannya Ibnor Riza dan Azizul Khamis, melalui laman sosial Facebook.

Adam, 49, juga dikenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah iaitu ‘Janji Manismu’. Lagu itu pernah menjuarai pertandingan Juara Lagu 1990.

Allahyarham telah bernikah dengan wanita pilihannya, Norliza Ayat, pada tahun 2010.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber – MalaysianDigest

Check Also

YESUNG MEMUKAU PEMINAT DI KONSERT SOLO PERTAMA DI KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 13 April 2025 – Vokalis utama kumpulan popular Super Junior, Yesung, telah berjaya …

KONSERT YESUNG 2025 [IT’S COMPLICATED] DI KUALA LUMPUR

SM Entertainment dan iMe Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan konsert solo Yesung bertajuk “It’s Complicated” yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *