Peraduan LUX FABULOUS Menawarkan Perodua MYVI Dan VESPA

01

Para peminat jenama kecantikan ikonik Lux berpeluang untuk memenangi sebuah Perodua Myvi atau salah sebuah daripada lima Vespa selain daripada beberapa hadiah lain menerusi peraduan Lux Fabulous yang sedang diadakan di seluruh negara.

Pada majlis pelancaran bersama duta jenama Lux, Nur Fazura, Lux memperkenalkan peraduannya, Lux Fabulous yang berlangsung mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2014. Langkahnya mudah sahaja. Peserta hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.

LUX_Fabulous Contest Key Visual

Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata, “Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”

Disertai oleh wakil media dan penulis blog pada majlis pelancaran tersebut, Fazura berkata, “Saya sememangnya peminat haruman menawan Lux dan seronok menikmati pengalaman mandian dengannya. Ia juga memberikan saya keyakinan yang membantu saya untuk menggayakan gaun menawan yang anda saksikan menerusi peraduan Lux Fabulous ini.”

Lux Product Shot

Apabila semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru! Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *