Saturday , August 20 2022

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Juara program Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Masdi menampilkan kelainan pada video muzik (MV) rasmi single terbarunya, Asmara iaitu dengan melancarkan cerita Asmara The Series yang ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos.

Siri yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Sandakan, Sabah itu diterbitkan sebanyak empat episod dan satu episod khas menerusi MV rasmi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Amir, 24, atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi berkata, penamat kepada jalan cerita itu akan dipaparkan dalam MV Asmara.

“Siri ini ada empat episod dan penamat jalan cerita pada MV rasmi. Kiranya, kalau peminat dan penonton ingin tahu keseluruhan jalan cerita kena menonton daripada episod pertama.

“Kalau menunggu MV saja, memang tidak akan faham. Sebabnya, dalam MV nanti adalah pengakhiran cerita ini.

“Bagi saya, ini sesuatu yang baru dalam penerbitan MV. Kebiasaannya orang buat filem pendek satu episod saja, tapi saya dan pasukan inginkan kelainan. Jadi, lahirlah idea untuk menghasilkan Asmara The Series ini,” katanya.

Menariknya, ini pembabitan pertama Amir dalam bidang lakonan semata-mata untuk menjayakan MV Asmara.

Menurut Amir, dia berterima kasih kepada pengarah, Khairul Hazwan (KH) yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang enam hari di lokasi.

 

Check Also

Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL bakal gegarkan Aman Central, Alor Setar Kedah Sabtu Ini

Persembahan pembukaan daripada pemenang pertandingan Busker 90 Suria, kumpulan ‘The Bujangs’ telah mencuri tumpuan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published.