PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 tahun, akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur. Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s. Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini.

Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix Kuala Lumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.

Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.

“Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan semula pengalaman balet di peringkat global,” kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.

BARISAN BINTANG ANTARABANGSA

Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. Musa juga memenangi Critics’ Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam Peaky Blinders oleh Rambert.

Persembahan ini turut menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix yang bakal ditayangkan berjudul ‘Etoile’, dan pemenang Critics’ Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda dalam ‘Coppelia’ (Scottish Ballet).

Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics’ Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet, juga akan menyertai persembahan ini. Ikon The Royal Ballet, Mara Galeazzi, turut akan mempamerkan bakatnya dalam persembahan yang dinanti-nantikan ini.

BARISAN PENARI BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR:

  • MARA GALEAZZI Itali, Bekas Pelakon Utama Balerina The Royal Ballet
  • MUSA MOTHA Afrika Selatan, Bintang Tarian Dunia America’s Got Talent, Britain Got Talent dan Rambert Dance Company
  • CONSTANCE DEVERNAY-LAURENCE Perancis, Bekas Pelakon Utama Balerina Scottish Ballet dan Bintang Rancangan TV Amazon Prime ‘Etoile’
  • DENYS CHEREVYCHKO Ukraine, Bekas Pelakon Utama Wienner StaatsBallet & Tetamu Utama Antarabangsa
  • SIENNA GOING New Zealand, Balerina Tutu Ballet Nights dan graduan Academie de danse Princesse Grace di Monte Carlo
  • JORDAN JAMES BRIDGE Great Britain, Penari bintang Studio Wayne MacGregor dan Calon Artis Baharu Critics Circle
  • GUY SALIM Great Britain, Bintang Tarian Komersial Antarabangsa STOMP Worldwide, Choir of Man, CATS The Musical, dan Penari bersama BTS, Black Eyed Peas, Coldplay, Tinie Tempah, Zara Larsson
  • FELICITY CHADWICK Great Britain, Bintang Baharu Ballet Nights
  • VIKTOR ERIK EMANUEL Sweden, Pemain Piano Konsert dan Jurugambar Tetap Ballet Nights
  • JAMIEL DEVERNAY-LAURENCE Great Britain, Pengasas Ballet Nights, Pengarah Artistik dan Pengacara

MAKLUMAT TIKET & PROMOSI

Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group, World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.

Check Also

Sumbangan RM150,000 Yayasan PEKEMA Bagi Menghargai Artis Veteran dan Penggiat Seni Uzur

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengadakan majlis penyerahan sumbangan yang bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh Yayasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *