Pertandingan Futsal Neon Pertama di Malaysia oleh Dashing for Men..Ada Bran??

Pernah terfikir bermain futsal di dalam gelap sambil disinari lampu neon? Kini anda boleh! Dashing, jenama terunggul bagi produk dandanan diri lelaki akan menjadikan cabaran ini lebih menarik menerusi kejohanan Futsal Neon yang pertama. Dalam pertandingan mencabar ini, futsal akan dimainkan di bawah cahaya lampu neon bersama pemain-pemain yang turut menyarungkan pakaian sukan neon agar mereka tampak bercahaya. Bermula daripada bola kepada jersi sehinggalah tiang gol, semuanya akan disediakan dalam warna neon yang pasti menjanjikan pengalaman unik kepada para peserta.

“Futsal adalah sukan yang digemari majoriti lelaki Malaysia. Kami mahu membawakan permainan yang menarik kepada pelanggan namun dengan sedikit pengubahsuaian yang tidak hanya seronok malah penuh cabaran. Konsep Futsal Neon membolehkan mereka menonjolkan keyakinan diri, sama seperti kualiti yang dipegang Dashing,” kata Christina Yong, pengurus besar (pemasaran) bagi Wipro Unza (M) Sdn. Bhd.

“Kami telah mencipta Cabaran Skor Dashing sebagai kejohanan yang menyeronokkan bagi pelanggan Dashing yang mencintai sukan futsal. Kejohanan di seluruh negara akan dilaksanakan  mengikut kawasan di Kuala Lumpur, Kluang, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang. Setiap pemenang kawasan akan bertarung dalam pertandingan akhir di Kuala Lumpur. Perlawanan setiap kawasan akan bermula pada bulan November dengan pertandingan akhir bakal berlangsung pada 8 Disember 2012. Perekrutan pasukan akan bermula pada bulan Oktober. Selain daripada pengalaman menggembirakan, para peserta juga berentap bagi memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000.00. Ganjaran utama bagi juara kejohanan selain wang tunai berjumlah RM7,000.00 adalah lawatan ke studio ESPN di Singapura. Ini merupakan pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” jelas Dwakara,pengurus pemasaran Dashing.

Sekiranya anda teruja dengan cabaran ini dan mahu mencuba nasib dalam futsal neon bersama kumpulan anda seramai tujuh pemain, ikuti langkah-langkah berikut. Beli produk Dashing bernilai RM200 dalam satu resit tunggal atau maksimum tujuh resit berasingan dalam bulan Oktober 2012. Langkah ini hanya memerlukan setiap pemain anda melaburkan sebanyak RM30 bagi kelayakan penyertaan. Kemudian, daftar kumpulan anda dengan mengisi borang yang disediakan di semua kaunter-kaunter utama Dashing. Borang itu juga boleh didapati di lokasi jelajah Dashing yang akan dijalankan di beberapa kolej (maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Dashing www.facebook.com/dashingformen. Serahkan semula borang penyertaan  kepada jurujual kaunter atau poskan kepada Wipro Unza berserta resit pembelian. Bagi memudahkan urusan, borang juga boleh dimuat turun pada laman Facebook DashingForMen dan kembalikan borang yang telah diisi bersama-sama salinan imbasan resit bukti pembelian kepada cabaranskordashing@gmail.com.

Bagi menunjukkan kesungguhan dan penghargaan terhadap pelanggan, Dashing turut menawarkan hadiah menarik seperti beg kasut gim menerusi pembelian RM40.00 di dalam satu resit. Jadi, usah tunggu lagi dan tubuhkan pasukan anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut berhubung lokasi Kru Cabaran Skor Dashing dan informasi berkaitan kejohanan, layari laman facebook Dashing for Men pada www.facebook.com/dashingformen.

Temui kru Cabaran Skor Dashing di lokasi-lokasi berikut dan menangi cenderamata daripada Dashing for Men dengan menyertai aktivit-aktiviti menyeronokkan yang pasti menguji skil bola sepak anda seperti cabaran menimbang bola, mengimbang bola dan menyepak bola ke dalam gawang! :

  1. Pasar raya Mydin – Bukit Jambul, Pulau Pinang – 6Oktober 2012
  2. Pasar raya Mydin – Shah Alam – 7 Oktober 2012
  3. TF Value Mart, Port Dickson – 13 Oktober 2012
  4. Pasar raya Mydin, USJ – 14 Oktober 2012
  5. Pasar raya Mydin, Kubang Kerian, Kota Bharu – 19 Oktober 2012
  6. UO, Pasir Gudang, Johor Bahru – 27 Oktober 2012
  7. Pasar raya Mydin, MITC Melaka – 28 Oktober 2012

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *