Pertarungan Sengit Antara Atlet Dan Pelawak Dalam ‘Temasya Sukan Ke Laut’

Bersempena dengan penganjuran temasya sukan berprestij di Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Malaysia pada bulan Ogos ini, semangat kejohanan sukan ini akan turut disemarakkan dan diraikan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) menerusi program terbaharu, ‘Temasya Sukan Ke Laut’. Program yang menggabungkan elemen sukan, komedi dan hiburan ini bakal menggeletek hati penonton selama lapan minggu pada setiap Jumaat mulai 14 Julai 2017, jam 10.00 malam. Ia juga akan turut disiarkan di platform Astro GO dan on demand untuk tontonan semua.

Buat julung kalinya, ‘Temasya Sukan Ke Laut’ bakal menyaksikan atlet-atlet terkemuka negara berkumpul menjayakan sebuah program komedi dan bersaing dengan barisan pelawak serta selebriti popular tanah air menerusi pelbagai jenis acara sukan utama. Sebagai simbolik kepada Sukan SEA 2017, acara-acara sukan yang akan dipertandingkan dalam program ini kelak merupakan di antara acara sukan yang tersenarai di temasya sukan tersebut seperti badminton, bola sepak, acara renang, berbasikal, balapan, hoki dan banyak lagi. Menarik lagi, corak atau kaedah permainan bagi setiap acara sukan telah diolah secara kreatif dan melucukan bagi menyuntik elemen hiburan agar ianya sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Dalam pada itu, peraturan asal sesebuah acara sukan itu masih tetap dikekalkan di segenap aspek bagi memastikan program ini berada di kelasnya yang tersendiri dan tidak disamakan dengan sesebuah program sukaneka. Astro Warna turut bekerjasama dengan Astro Arena, saluran sukan tempatan yang bersiaran selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk menjayakan program ini. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai kejayaan dan sejarah yang telah ditempa oleh Astro Arena dengan membawakan liputan menyeluruh dalam kejohanan-kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa dan terbaru, temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio 2016 yang turut disiarkan di dalam saluran definisi tinggi (HD).

Bagi menghidupkan suasana seperti perjalanan temasya sukan sebenar, program ini turut menampilkan dua orang figura hebat di bidang masing-masing yang bakal menggalas tugas sebagai pengacara dan pengulas sukan, dan mereka ialah bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Nor yang akan bergandingan bersama pelawak popular, Abam Bocey.

 

Selain dari para atlet, kami turut mengalu-alukan kedatangan Legenda Rock Negara, Amy Search sebagai sebahagian dari ahli keluarga ‘Temasya Sukan Ke Laut’ dan beliau bakal digandingkan dengan pelawak hebat seperti Joey, Achey, Shuib, Dzawin, Sharifah Shahirah, Kumpulan Zero, Jiggy dan ramai lagi.

Bersesuaian dengan imej Astro Warna selaku saluran komedi, ke-semua jenis sukan yang dimainkan dalam program ini telah diolah secara kreatif namun begitu pada masa yang sama, kami turut menjadikan peraturan asal sesebuah acara itu sebagai panduan. Sebagai contoh, ‘Acara Badminton 7 kali 7’ yang mana kami menampilkan 7 pemain untuk setiap kumpulan dan mereka diperlukan berdiri dalam setiap gelung bulatan individual dan perlu berdiri di dalam bulatan sepanjang berlangsungnya pertandingan. Namun begitu, mata penamat masih 21 – 21 dan memiliki seorang pengadil. Contoh lain adalah ‘Lompat Berpagar Binocular’, bermain bola sepak sambil menggunakan set alat realiti maya (virtual reality box – VR box), acara renang di kolam bersaiz Olimpik, acara keirin menggunakan basikal beroda tiga, acara larian 400 meter dengan berlari ke arah belakang (reverse running) dan sebagainya. Saya yakin, anda semua pasti akan terhibur.”

Selain dari nama-nama yang dinyatakan di atas, setiap episod akan turut menampilkan pemain jemputan yang terdiri dari barisan pelawak dan atlet seperti Mat Redho @ Mohd Redha Rozlan (Pemenang Fear Factor 2014 dan ‘Ninja Warrior’), Zulfahmi Khairuddin (Naib Juara ‘FIM Superbike World Championship 2016’ – WSBK), Khairulnizam Afendy (pelayar terbaik Asia), Amer Raja Lawak dan ramai lagi. Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ‘Cendawan Gagah’ yang akan mewakili barisan atlet dan kumpulan ‘Kembang Semangkuk’ yang bakal disertai oleh para atlet, pelawak dan selebriti.

Jangan lepaskan peluang menonton aksi lucu para atlet dan pelawak dalam ‘Temasya Sukan Ke Laut’ yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat mulai 14 Julai 2017 pada jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan saluran serentak di Warna HD (saluran 124). Program ini juga boleh dinikmati melalui platform Astro GO dan on demand. Selamat menonton!

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *