Thursday , February 9 2023

PESTA KOPI Kini Di Pulau Pinang

Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL, PESTA KOPI MELAKA dan PESTA KOPI EXTENDED, sekali lagi PESTA KOPI kembali atas permintaan ramai. Kali ini PESTA KOPI akan dibawa ke syurga makanan Utara, Pulau Pinang.

Diberi nama PESTA KOPI PENANG, acara yang kali pertama diadakan di Pulau Pinang ini akan berlangsung pada 10-11 Disember 2022 bertempat di Hin Bus Depot, Georgetown.  Ia dianjurkan bersama oleh Tempatan Fest dan Rasta Brew Co. dengan sokongan Hin Bus Depot sebagai lokasi rasmi serta Sekolah Kopi sebagai rakan strategik.

Kali ini, acara ini juga turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia sebagai sebahagian dari acara Cuti-Cuti Malaysia.

Lebih 45 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara serta antarabangsa akan mengambil bahagian untuk edisi kali ini yang akan memperkenalkan pelbagai produk kopi jenama tempatan serta luar negara.

Perhimpunan para usahawan kopi ini pastinya akan menarik minat para penggemar kopi serta menyemarakkan budaya komuniti kopi Malaysia.

Acara ini pastinya akan membawa ‘coffee culture’ kepada peminat kopi di Utara. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri demonstrasi pelbagai cara penyediaan kopi, cara menyeduh dan memilih biji kopi serta bengkel memanggang biji kopi.

Turut bersama memeriahkan acara Pesta Kopi Pulau Pinang ini adalah beberapa pengusaha makanan jalanan serta penampilan istimewa kumpulan Jahvallion dan Aru Peruzza yang akan membuat persembahan di hari acara.

Pesta Kopi Pulau Pinang ini pastinya tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan F&N Magnolia sebagai penaja utama dan juga MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang).

Tandakan kalendar anda pada 10-11 Disember 2022 ini.  Alami sendiri kemeriahan Pesta Kopi Pulau Pinang.

Check Also

HERO GUSTI PRO MEMAKAI TENGKOLOK MALAYSIA BAWA BEKAS SUPERSTAR WWE DI MALAYSIA!

Meriahkan perayaan anda dengan ‘body-slams’ dan ‘back-breaker’ pada Disember ini apabila gusti APAC menandakan kebangkitan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *