‘Pintu Harmonika’ Arahan Pertama Luna Maya

Aktress cantik & jelita sensasi Indonesia Luna Maya baru-baru ini telah berada di Malaysia bagi menghadiri Majlis pelancaran filem pengarahan pertamanya berjudul Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 16 Mei 2013.

Filem Pintu Harmonika yang merupakan percubaan pertama Luna mengarahkan filem tersebut bersama-sama dengan dua pengarah lain iaitu Sigi Wimala dan Ilya Sigma.

“Ia merupakan sebuah filem yang dipecahkan kepada tiga plot cerita dengan pengakhiran yang sama. Mujurlah ada bantuan dua pengarah yang membuatkan kerja saya sedikit senang, cuma yang sukarnya ketika menjalani pasca produksi di mana ia memerlukan penelitian yang sepenuhnya agar perjalanan cerita tidak meleret,” ujar Luna ketika di sidang media majlis pelancaran tersebut.

Pintu Harmonika yang diterbitkan oleh Malka Pictures turut dibarisi pelakon Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail. Filem ini juga akan ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First, serentak dengan tayangan di pawagam Indonesia pada 23 Mei ini.

Para pelanggan yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem tersebut akan ditayangkan dalam tempoh masa 48 jam.

 

[nggallery id=156]

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *