Piza Jam-Packed Terbaru Dari Pizza Hut Malaysia

Pic2

“Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Sesuai dengan namanya, piza Jam-packed, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!

Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Piza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

Pic1

Tiada apa lagi yang boleh membawa orang ramai untuk berkumpul seisi keluarga selain Pizza Hut dengan pizanya yang enak. Pizza Hut sentiasa komited untuk menghasilkan piza terbaik disukai ramai dengan harga yang amat berpatutan. Pasukan R & D sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu yang luar biasa untuk menarik pelanggan untuk menjamu selera bersama-sama seisi keluarga dan sahabat handai.

“Ciptaan terkini daripada kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati dan berkongsi limpahan rasa bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Anda tentu tidak boleh menahan keinginan untuk menikmati piza ini kerana ianya dilimpahi dengan gandaan topping kegemaran anda. Dengan piza yang padat sebegini, mana mungkin anda dapat menolak untuk menikmatinya? Bukan itu sahaja, piza ini juga datang dengan jaminan kepuasan dan juga kombo-kombo yang memberi nilai hebat untuk wang anda,” tambah beliau.

Piza Jam-Packed boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-Packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Piza Jam-packed boleh didapati bermula 4 November 2014, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan unik ini!

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *