Saturday , February 4 2023

Pizza Hut Triple Box

Pizza Hut Triple Box  | Pizza Hut Malaysia kini menawarkan lebih kepelbagaian dalam inovasi terbaharu – Pizza Hut Triple Box – menawarkan hidangan pencuci mulut yang sungguh menyelerakan iaitu Kek Coklat Moist Pizza Hut ditambah dengan dua pilihan piza saiz biasa kegemaran anda, ketiga-tiganya disusun dalam kotak istimewa pada harga yang menakjubkan, iaitu hanya RM49.90! Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan tiga jenis piza saiz biasa pada harga yang sama, yang memberikan anda rasa dan nilai yang lebih hebat!

Pic 3

Dengan slogan “3X Kegemaran. 3X Keriangan!” promosi terbaru ini menjadikan perayaan dan sambutan hujung tahun ini akan lebih diingati dengan Pizza Hut. Pizza Hut Triple Box boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang, manakala pelanggan yang ingin menikmatinya di restoran boleh memilih tawaran Triple Feast – gabungan hidangan yang juga enak dan menyelerakan.

Pic 4

Pelbagai kempen promosi dan pemasaran bersepadu telah dirancang untuk memperkenalkan produk unik yang pertama di Malaysia ini. Pizza Hut Triple Box kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk tempoh yang terhad, bermula dari 3 November 2015.

Check Also

HERO GUSTI PRO MEMAKAI TENGKOLOK MALAYSIA BAWA BEKAS SUPERSTAR WWE DI MALAYSIA!

Meriahkan perayaan anda dengan ‘body-slams’ dan ‘back-breaker’ pada Disember ini apabila gusti APAC menandakan kebangkitan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *