Planet Gempak Ola Bola Astro Gamatkan Stadium Batu Kawan

PGA_5942

Planet Gempak Ola Bola Astro kini ke lokasi keduanya tahun ini, iaitu perkarangan Stadium Batu Kawan di Seberang Perai, Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini, 17 dan 18 Mei. Dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, karnival Planet Gempak Ola Bola membawakan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung. Warga Pulau Pinang dihiburkan hujung minggu ini dengan kunjungan artis dan selebriti popular seperti Mior & Mak Ros dari Kilauan Emas, Sakan & Saywho dari Maharaja Lawak Mega, Altimet, Aliff Satar, Fiq, Black & RJ, Azhael, Geraldine Gan, Jie Ying, Nicole, Yoke, Astro Star Quest contestants, penyampai radio THR Raaga dan peserta rancangan bakat Yuttha Medai.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut karnival ini berlangsung di Stadium Batu Kawan, selepas tahun lalu Planet Gempak diadakan di tempat yang sama, sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai pengalaman istimewa menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Rakyat Malaysia yang mengunjungi dan memeriahkan karnival ini tahun lalu bukan sahaja datang dari Pulau Pinang malah dari tempat lain di sekitar negeri ini, menjadikannya antara destinasi pilihan Astro sekali lagi untuk Planet Gempak Ola Bola tahun ini.

The main stage

Pelbagai tarikan untuk pengunjung termasuk persembahan kandungan istimewa dari segmen Melayu, Cina dan India, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ. Karnival ini diharap dapat mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro, untuk sama-sama merasai sendiri bagaimana program terhebat tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa ‘dihidupkan’ melalui pelbagai aktiviti promosi dan hiburan yang bermula seawal jam 10.00 pagi.

Kembalinya karnival ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak persembahan eksklusif, pameran serta permainan interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.

Demam Bolasepak Piala Dunia turut dibawakan di Planet Gempak Ola Bola (r)

Planet Gempak Ola Bola pastinya juga memberikan peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi secara dekat dengan selebriti serta personaliti idola daripada pelbagai program kegemaran ramai di samping karakter-karakter dari filem dan animasi terkenal yang juga membuat penampilan khas seperti Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles.

Antara yang membuat penampilan ialah artis-artis Akademi Fantasia dan Kilauan Emas 3, selebriti Fear Factor Malaysia dan MasterChef Malaysia, juga personaliti Maharaja Lawak Mega. Terdapat juga kehadiran peserta Top 18 Astro Star Quest dan Battleground serta artis Ben Di Quan.

Selain itu, penyampai radio Anantha, Revathy, Suresh, Akila, Gheeta dari THR Raaga serta Alinda, Iris, Shamini, Jegathisan, Shastan, Dinesh dan Ruben dalam sebuah konsert pada Sabtu malam khas buat peminat muzik segmen India. Mereka turut disertai oleh peserta Raagavin Star dan finalis pertandingan bakat Yuttha Medai.

Cuba sendiri cabaran Fear Factor (r)

‘Konsert 1Astro’ yang diadakan pada Ahad malam menghiburkan dengan persembahan hebat daripada penghibur seperti Altimet, SonaOne, Aliff Satar, Sezairi, Black & RJ, Fiq, Asmidar, Azhael, Geraldine, Jie Ying, Nicole, Yoke, Persis Band, VelvetBand, Mior & Band dan penari Battleground.

Yayasan Angkasawan Malaysia, yang bekerjasama dengan Astro TVIQ, juga menjalankan aktiviti di Planet Gempak Ola Bola bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung. Pelbagai aktiviti pembelajaran yang interaktif akan diadakan di sebuah kubah gergasi dengan sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki.

Perjalanan Planet Gempak diteruskan ke lokasi ketiga iaitu Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September).

Untuk maklumat lanjut, layari www.planetgempak.com.my .

Check Also

COËX TERUS DIHANTUI “PAKU DURJANA”

Kumpulan M-POP berbakat COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik – Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *