Program-Program Radio RTM Bagi 2015

LogoRTM

Menjelang Tahun Baharu 2015 yang bakal disambut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mempunyai sebanyak 33 buah stesen radio menjanjikan program-program terbaharu dan sedia ada sebagai memenuhi selera pendengar setia salurannya.

Terdapat 6 buah stesen Nasional yang terdiri daripada NASIONALfm, TRAXXfm, Aifm, MINNALfm, ASYIKfm dan Radio Klasik.

Sebanyak 18 Stesen Negeri pula terdiri daripada KLfm, SELANGORfm, NEGERIfm, MELAKAfm, JOHORfm, PAHANGfm, TERENGGANUfm, KELANTANfm, PERAKfm, MUTIARAfm, KEDAHfm, PERLISfm, LABUANfm, SABAHfm, SABAH(V)fm, SARAWAKfm, REDfm dan WAIfm.

Manakala sembilan (9) Stesen Radio Tempatan terdiri daripada LANGKAWIfm, LIMBANGfm, MIRIfm, RASAfm, BINTULUfm, SIBUfm, SANDAKANfm, TAWAUfm dan KENINGAUfm.

Program-Program Radio RTM Bagi 2015

Antara program baharu dan program tonggak stesen adalah:

NASIONALfm

-Perspektif – Program bual bicara interaktif secara langsung mengenai isu-isu semasa bersama tetamu undangan yang mewakili Kementerian, Jabatan dan agensi awam.

-Raudhah – Ceramah Agama yang dirakamkan di luar  serta sumbangan stesen RTM Negeri. Waktu: Setiap hari, 6.30 petang.

-Singgah Jap – Temubual santai bersama masyarakat dan pemimpin di kawasan Parlimen terpilih.

TRAXXfm

-Fokus Malaysia – Bual bicara secara langsung mengenai isu-isu terkini dalam negara.

-Breakfast with CEO – Temu ramah khas mengenai kejayaan seseorang Ketua Pegawai Eksekutif  yang boleh memberi motivasi dan inspirasi.

-Money Matters – Bual bicara secara langsung yang membincangkan isu-isu kewangan, pasaran saham, pengurusan sumber, hartanah dan lain-lain isu yang berkaitan.

Aifm

-Topik Pagi Ini – Rancangan bual bicara perdana di Aifm, menggabungkan wawancara, komentar dan isu-isu khas bersama tetamu dan pendengar melalui Facebook dan telefon.

-Ai De Jiabin (Tetamu Ai) – Personaliti dijemput ke konti untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama pendengar.

-A to Z of GST – Bual bicara dengan interaksi antara tetamu dan pendengar berkenaan dengan GST. Informasi penting akan dijadikan kapsul.

MINNALfm

-Uthavum Karangal (Hulur Tangan) – Program berbentuk realiti bagi menghulurkan bantuan kepada golongan sasaran.

-Arasanga Thurai Oor Arimugamm (Pengenalan Kepada Agensi Kerajaan) – Memanggil pegawai kerajaan daripada agensi-agensi kerajaan untuk berkongsi maklumat tentang bidang kuasa dan bidang tugas masing-masing.

ASYIKfm

-Riuh Asyik – Segmen pagi dengan paparan isu-isu terkini.

-Gradung Gradeng – Program memperkenalkan kugiran baru masyarakat Orang Asli.

-Bersamo Kitaa – Slot wawancara dengan agensi kerajaan.

Radio Klasik

-MKI (Masihkah Kau Ingat) – Koleksi lagu-lagu 60an, 70an, 80an dan 90an serta permintaan pendengar. Koleksi lagu-lagu daripada album yang diterbitkan oleh RTM.

-ADILA (Aku, Dia & Lagu) – Kisah dan lagu serta informasi dalam bentuk penceritaan.

-Fiqrah – Rancangan harian yang menyiarkan sedutan ceramah agama tidak melebihi  10 minit.

KLfm

-Teh Tarik 1Malaysia – Rancangan hiburan dan informasi di lokasi bersama masyarakat dan disiarkan secara langsung.

-Jom Jam Akustik – Rancangan hiburan berbentuk nyanyian secara akustik oleh artis-artis tempatan pelbagai bangsa.

-Al-Zikra – Bual bicara Agama.

KEDAHfm

-Mai Mengaji Di KEDAHfm – Merupakan sebuah rancangan yang mengetengahkan dan melahirkan bakat-bakat muda dalam penyampaian bacaan Al-Quran secara bertarannum.

-Pelenggaq Pak Teh Mat – Merupakan sebuah rancangan sketsa pendek.

-Rileks – Sebuah rancangan berkonsep “travelog” yang akan mengetengahkan tempat-tempat menarik di seluruh Negeri Kedah.

KELANTANfm

-Apa Khabar Orang Kampung Kita (AKOK) – Menggunakan loghat kelantan sepenuhnya. Ketengahkan info semasa dengan penyiaran lagu daerah, dikir barat, hindi dangdut top hit semasa, dan ‘evergreen’.

-Cerita Kita Orang Kelantan – Sasaran lebih kepada golongan muda. Ketengahkan isu semasa di samping menyiarkan pelbagai genre lagu top hits.

-Forum Semasa – Program mendekati rakyat dengan mengetengahkan isu semasa berkaitan dengan belia, wanita, penggiat seni budaya dan ahli akademik.

MELAKAfm

-Dondang Sayang – Menerapkan nilai-nilai warisan Dondang Sayang dan Lagu-lagu Asli kepada remaja dan belia masa kini.

-Persada Pantun – Menghidupkan pusaka pantun yang berbentuk nasihat kepada masyarakat untuk di aplikasi dalam kehidupan seharian.

-Dialek Melaka – Rancangan 60 minit dikendalikan secara langsung di bilik siaran dan menjemput tetamu yang mahir bertutur bahasa-bahasa seperti Baba Nyonya, Portugis dan Chetti. Menjurus kepada sesi pembelajaran bahasa tradisi negeri Melaka agar tidak pupus di telan zaman.

Radio Sarawak

-Juh Bermukun – Program mengetengahkan seni budaya masyarakat setempat disiarkan secara live.

-Jiran Sekampung – Sketsa sekelompok masyarakat kampung yang bersembang (mengguna dialek tempatan) tentang isu – isu panas semasa.

Radio Sabah

-Carta Lagu Paling Manang – Penyenaraian 10 lagu popular tempatan sabah berdasarkan pilihan pendengar menerusi segmen ‘Bah Ngam Lah Tu’.

-Bah Ngam Lah Tu – Program interaktif penyampai radio (duet) dengan mengutamakan sentuhan tempatan (Bahasa Melayu Sabah) dan penyiaran lagu artis tempatan Sabah.

Check Also

GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA

Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *