Friday , December 2 2022

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik.

Malah selepas enam tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan Pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan.

Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha

PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara itu.

Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus. Sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus.

Menghargai sokongan berterusan yang diberikan, PTTI turut meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.

Dalam majlis yang sama, pelajar dan tetamu juga turut berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sesi wacana itu dikendalikan oleh moderator, Muhd Habibunajjar Sazali.Melalui sesi ini, hadirin berpeluang mendapatkan pelbagai informasi mengenai sistem pendidikan negara sekaligus pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.

Melihat ini sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar pelajar ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana,anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.

“Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategoripertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.

“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga,Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan
pelajar-pelajar ini.

“Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari
pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain
di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua,” katanya.

Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di
PTTI, sehingga kini pusat ini tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah
berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring
dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.

“Seiring dengan peredaran zaman tenaga pengajar PTTI juga turut dilengkapi dengan
pengetahuan dalam penggunaan teknologi pendidikan. Sebagai pusat pendidikan, menjadi
tugas kami sebagai guru khususnya lebih peka dengan kehendak pelajar.

“Fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian ilmu ini dilakukan secara efektif selain mahu membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti di negara
Jepun, Korea dan China,” katanya.

Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI
kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40,
PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat
bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi
PTTI Better Result. Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM
Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI.

“Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong
PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program
Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik,” katanya.

Check Also

Masak Sendiri 340 KG Sotong Untuk Sedekah Masjid, Ramai Puji Keihklasan Pasangan Influencer

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan bagi setiap hamba-Nya melakukan kebaikan sesama manusia. Hal ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *