Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD Nobat 4 Usahawan Orang Kurang Upaya

4 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan juga para juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia.
Liga ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor yang diterajui oleh YB Hajah Rodziah Binti Ismail.

Kriteria pemilihan peserta adalah:
• Peserta yang lahir atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
• Berumur dari 18 tahun hingga 40 tahun.
• Merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
• Sedang aktif menjalankan aktiviti perniagaan.
Program SAY LEAD telah berjalan sejak September 2021.

20 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan yang merangkumi:

• Profil Keusahawanan
• Business Model Canvas
• Pengurusan Kewangan
• Branding, Jualan dan Pemasaran
• Digitalisasi Perniagaan
• Lawatan Ke Tapak Premis Usahawan
• Bengkel Bisnes Profil & Pitching
• Perkongsian bersama Agensi Kerajaan

Setiap dua minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka. Setiap peserta juga dibimbing oleh para jurulatih pakar perniagaan & mentor-mentor daripada pembimbing dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM untuk memastikan objektif pemahaman dan praktikaliti mereka dalam menerapkan pengetahuan yang diberikan tercapai. 10 usahawan OKU yang mendapat tempat 10 teratas telah dipilih dan layak membuat pembentangan di hadapan para juri.

Pusingan akhir Liga Usahawan ini telah diadili oleh:
• D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (Raja Muda Selangor)
• Yang Berhormat Hajah Rodziah Binti Ismail (Exco Keusahawanan Negeri Selangor)
• Yang Berbahagia Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad (Ketua Setiausaha, Kementerian
Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia- KUSKOP)
• Yang Berbahagia Dato’ Mahmud Bin Abbas (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor- PKNS)
• Yang Berusaha Dr Aizan Sofia Binti Amin (Pensyarah Kanan Program Sosial & Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksanaan Polisi Inklusif OKU UKM)

Tiga (3) usahawan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam pembentangan akhir akan mendapat faedah seperti berikut:
• Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY)
• Layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

PEMENANG PERTAMA : YUSAIRI HAFIZ BIN TAJUDIN | 018-380 8440
Yusairi Hafiz, 31 tahun, merupakan seorang OKU fizikal (urat saraf tangan dan kaki kanan) yang
menjalankan perniagaan yang diberi nama “Putu Piring Warisan Nenek.” Beliau menjalankan
perniagaan yang bertempat di Medan Selera Pasar Moden MPSJ SS15, Subang Jaya. Dengan
berbekalkan modal permulaan perniagaan hanya RM3000 sahaja, kini pendapatan perniagaan beliau mencecah RM30,000 sebulan dan memiliki 6 orang pembantu. Pada tahun 2022, perniagaan beliau juga dikembangkan lagi di Medan Selera Wawasan SS3 Petaling Jaya. Impian Putu Piring Warisan Nenek adalah untuk memiliki kafe yang tersendiri di seluruh negeri di Malaysia dan menjadikan produk putu piringnya sebagai makanan hidangan utamanya di kafe tersebut.

PEMENANG KEDUA : FAIZUL BIN AHMAD ZUKI | 019-247 2683
Faizul, 39 tahun, merupakan seorang OKU penglihatan (buta mata sebelah kanan) yang menjalankan perniagaan pencucian karpet yang diberi nama “Cuci Karpet Bukit Beruntung” yang bertempat di Rawang, Selangor. Antara pencapaian yang dicapai oleh syarikat beliau sepanjang menyertai program SAY LEAD ialah mempunyai premis perniagaan secara rasmi, mempunyai 7 orang pekerja operasi cucian karpet dan salah seorang darinya dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Antara hala tuju syarikat beliau ialah memperluaskan kawasan perkhidmatan bagi seluruh Negeri Selangor
dengan mewujudkan pusat pengumpulan dan membuka peluang francais kepada individu yang
berminat untuk bekerjasama dengan syarikatnya.

PEMENANG KETIGA : NOORAIHAN BINTI CHE LI | 017- 791 2851
Nooraihan, 41 tahun, merupakan seorang OKU fizikal berkerusi roda yang menjalankan perniagaan menjual alat perkakasan rumah yang diberi nama “BNG Systems”. Syarikat beliau telah melahirkan 300 usahawan e-dagang, menjadi tenaga pengajar jemputan program CSR UKM, menjadi bintang komuniti Shopee 2021 dan mencapai menjadi peniaga pilihan pilihan Shopee (preferred seller).Impian beliau untuk melahirkan lebih ramai usahawan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan barangan perkakasan rumah dan perniagaan dalam talian sepertinya.

ANUGERAH USAHAWAN OKU HARAPAN : LINGES WARRY A/P APPARAO
Linges Warry, 23 tahun, merupakan seorang belia OKU yang menggunakan bantuan alat pernafasan semenjak 15 tahun lalu. Beliau menjalankan perniagaan kosmetik dengan menggunakan jenama beliau sendiri ialah “Absolute Glam Global”. Beliau yang juga mempunyai latar belakang Diploma
dalam bidang pengurusan, beliau telah memasuki program SAY LEAD dan belajar cara meningkatkan saluran pemasaran dan jualan yang betul. Impian beliau ingin menjadikan produknya standing seperti produk kosmetik yang terkenal, dan membuka suatu cawangan kedai kosmetiknya pada suatu hari ini.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *