Quaker Oats diiktiraf dengan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’

The Quaker Oats Company, pembuat Quaker Oats, jenama Oat Nombor 1 Dunia* dan jenama Bijirin Panas Nombor 1 Malaysia**, komited membekalkan nutrisi kepada seisi keluarga dengan kebaikan oat sejak 1877. Janji yang tidak berbelah bahagi selama 140 tahun untuk menghidangkan oat dengan cara hidangan yang lazat kepada khalayak ramai telah menobatkan jenama ini sebagai pakar utama dan peneraju oat yang tidak boleh dipertikaikan.

Sejajar dengan itu, Quaker sentiasa memberikan kebaikan oat kepada warga Malaysia pelbagai umur. Serentak dengan ulangtahun sedunia ke-140 bagi jenama ini, dua produk – Quaker Instant Oatmeal dan Quaker Quick Cook Oatmeal – telah dilabel dengan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’ yang dianugerahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pengguna mengenalpasti barangan pemakanan yang menepati piawaian nutrisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Quaker Oat menawarkan kebaikan bijiran penuh, berserat tinggi, sumber zat protin dan zat besi, serta mengandungi beta glukan yang membantu mengurangkan kolesterol***.

“Quaker sentiasa dikenali berkait dengan kebaikan nutrisi dan faedah kesihatan. Pengiktirafan dan penganugerahan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’ adalah bukti dedikasi berterusan kami untuk membawa kebaikan oat kepada rakyat Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang. Kami berharap supaya dapat meningkatkan inspirasi lebih ramai orang untuk proaktif tentang kesihatan mereka dan membuktikan bahawa makanan sihat bukan sahaja mudah disediakan, malah ia juga enak dan berkhasiat. Mulakan amalan pemakanan sihat dan berubah sedikit demi sedikit, kita boleh memulakan langkah positif untuk menjadi individu yang lebih sihat, untuk diri sendiri dan orang tersayang,” kata Maliha Subhani, Pengurus Besar, PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.

Mudah disediakan dan dan enak, Quaker Oat kini memudahkan anda membuat pilihan makanan yang sihat dan menggalakkan pengguna untuk memperkasakan hari mereka dengan Quaker. Dengan bulan Ramadan yang semakin menjelang, jenama ini melipat-gandakan usaha mengajar dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengamalkan diet yang sihat dengan bantuan selebriti Aishah Sinclair dan pakar kecergasan Kevin Zahri, yang berkongsi resipi enak dan mudah seperti lempeng Quaker Oat dengan ayam dan jagung, tip-tip berguna untuk berpuasa dengan sihat dan banyak lagi!

Dr Zainudin Bin Abdul Wahab, representative from the Ministry of Health, trying out some oatsome goodness from Quaker during a roadshow

“Saya seorang ibu yang sibuk tetapi mahu keluarga saya memperolehi makanan yang sihat dan bernutrisi. Oleh itu, saya amat menyukai Quaker Oat kerana makanan sihat ini dapat dinikmati dengan pelbagai cara dan ia senang untuk disertakan di dalam diet harian keluarga saya,” kata Aishah Sinclair.
Diet yang sihat dan gaya hidup yang aktif mestilah sejajar, tambah jurulatih bertauliah dengan pensijilan Amerika Syarikat, Kevin Zahri, “Saya teruja dengan gabungan bersama Quaker untuk terus menggalakan rakyat Malaysia agar hidup dan makan dengan lebih sihat. Oat adalah pilihan terbaik untuk mereka yang serius tentang kesihatan kerana ia mempunyai banyak faedah yang menyihatkan. Sepanjang bulan Ramadan, anda boleh memulakan hari dengan semangkuk bubur lambuk oat yang diperbuat daripada Quaker Instant Oatmeal untuk bersahur. Ia mengenyangkan bagi tempoh yang lebih lama dan mengekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari.”
Produk Quaker boleh didapati dalam pelbagai variasi, dari Quaker Instant Oatmeal, Quick Cook Oatmeal dan Multigrain Cereal, kepada Quaker 3in1, Flavoured Instant Oatmeal, Oats Cookies, Chewy Bars dan bijirin sarapan pagi, ia menepati kehendak semua orang dan senang dimasukkan ke dalam diet harian. Bagi mereka yang amat menyukai nasi, terdapat juga Quaker Oats for Rice sebagai pengganti yang mudah dan bernutrisi.

Peminat Quaker Oats boleh mendapat lebih maklumat dan promosi, acara dan resipi terbaharu di www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my. Bermula sekarang hingga 18 Jun, peminat boleh menyertai pertandingan ‘Sihat Ramadan, Sinar Ganjaran’ di http://www.quaker.com.my/contest.html dan berpeluang memenangi baucar Habib Jewels bernilai sehingga RM30,000!

Check Also

International Fashion Runway 2024: Satu Sambutan Spektakuler Fesyen Global dan Warisan Budaya

International Fashion Runway (IFR) 2024, yang dianjurkan oleh International Celebrity Pageant Group Sdn. Bhd. dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *