Raja Azmi Bercinta Dengan Gitaris Popular 90-an

Semalam, ketika bertemu beliau ketika di sidang media khas mengenai isu kontroversi antara beliau dan Adam Davin, sempat lagi wanita yang mesra dengan panggilan Kak Mi ini berkongsi berita gembiranya itu bersama pihak media.

“Apa yang jadi kepada saya (kontroversi) ini ada hikmahnya. Saya redha dengan dugaan demi dugaan yang datang ni. Nak stress, stress pun tak guna. Hari ini saya sekali lagi dilanda kontroversi tapi dalam masa sama anda semua akan dengar berita gembira daripada saya tak lama lagi”, katanya yang sentiasa berpegang pada prinsip, sentiasa berfikiran positif dalam hidup.
“Ya, saya dah jumpa pengganti Jailani. Umurnya lebih kurang sebaya saya. Dia pernah popular sikit masa dulu. Dia seorang gitaris band 90-an. Dia berambut panjang. Dia sangat kelakar orangnya.

“Dalam hidup saya, tiga kali saya jatuh cinta. Pertama dengan Misbun Sidek, kedua dengan Jailani Sidek dan ketiga ini, dengan dia. Kami berkenalan di gym. Dah empat bulan lebih kami menjalinkan hubungan cinta. Anak-anak pun okay bila tahu saya bercinta dengan dia”, tuturnya sambil tersipu-sipu malu.
Tambah beliau biarpun sebelum ini dirinya pernah berkahwin dengan pemain badminton namun jiwa penerbit filem … Anu Dalam Botol ini sebetulnya seorang yang suka pada muzik metal dan rock. Minat pada muzik merupakan salah satu sebab dia menyukai gitaris tersebut.
Raja Azmi bersama dua anak perempuannya, Suraya, 28, (baju biru) dan Saida, 24.
 “Walaupun saya berkahwin dengan pemain badminton, saya seorang yang sangat suka muzik. Saya sering pergi menonton gig-gig. Tapi sebelum saya kenal dengan dia (gitaris), saya tak tahu pun pasal band dia”, katanya.
Bagaimanapun tidak mahu terus bercerita lanjut kerana takut apa yang diharapkan tidak kesampaian, sebelum menghentikan perbualan tentang kisah cintanya itu, Raja Azmi berkata,
“InsyaAllah, cukup enam bulan nanti saya akan adakan satu sidang media khas mengumumkan tarikh…, ujarnya.
*credit ~ photo (Faisol Mustapha) & mD

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *