Raja Azmi & Eddie Selamat Bertunang, Bakal Nikah 15 September Ini

Penerbit yang penuh dengan kontrovesi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman,53, selamat bertunang dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau lebih dikenali sebagai Eddie,45 sebentar tadi di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana Ulu Klang.

Pihak perempuan diwakili oleh anak sulung Raja Azmi sendiri iaitu Puteri Suraya Mohd Jailani. Sementara pihak lelaki diwakili oleh anak sulung Eddie iaitu Daniel Eddie.Hasil perbincangan kedua-dua keluarga pasangan ini, Raja Azmi dan Eddie bakal dinikahkan pada 15 September 2013. Atas permintaan Raja Azmi, beliau menginginkan hanya senaskah Al-Quran sebagai gantian wang hantaran pada hari pernikahan nanti.

Acara kemuncak menyaksikan ibu Eddie, Mariah Abu Samah, menyarungkan cincin ke jari Raja Azmi dan saat manis itu turut disaksikan oleh ketiga-tiga anak Raja Azmi. Pada majlis itu juga, Eddie memberikan 3 dulang terdiri daripada telekung, buah-buahan dan coklat. Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak 5 dulang terdiri daripada jam tangan & dompet Fosil, kemeja, kek, coklat dan biskut.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek. Namun rumah tangga yang dibina hampir 28 tahun berakhir dengan perceraian pada 27 Jun 2012. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya (28 tahun), Puteri Suaida (24 tahun) dan Megat Deli (19 tahun).
*kredit mD dan Faisol Mustafa

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *