Rasa Istimewa McDonald’s Chicken Foldover Baru – Hanya Masa Terhad


  • Menampilkan dua kepingan daging ayam digril, dengan tomato, daun salad segar dan sos bawang putih
  • Disaji rapi dalam roti Arab panas dengan bijian kalonji (Habbatus Sauda’)
  • Ditawarkan dalam menu a la carte dari harga RM8.60 ke atas

Demi memuaskan citarasa rakyat Malaysia yang menggemarkan daging ayam, satu sumber protein yang amat kaya, McDonald’s memperkenalkan hidangan terbaru dalam menunya, iaitu McDonald’s Chicken FoldoverTM.Hidangan yang amat istimewa ini mengandungi ramuan yang segar dan berkualiti tinggi, termasuk daun salad dan tomato segar, bawang yang ranggup dan dua kepingan daging ayam yang empuk dan digril sempurna.

Ramuan istimewa tersebut diperhebatkan lagi dengan sos bawang putih dan kemudiannya disaji rapi dalam roti Arab panas dengan bijian kalonji (Habbatus Sauda’). Ia pasti menyelerakan.”Chicken FoldoverTM mencerminkan komitmen McDonald’s terhadap para pelanggannya dengan menggunakan bahan dan ramuan yang paling segar dan berkualiti tinggi, sekali gus menawarkannya pada harga yang paling bernilai,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Sarah Casanova.

“Lebih-lebih lagi, penawaran hidangan baru Chicken FoldoverTM ini mencerminkan usaha kami yang berterusan untuk menceriakan menu dengan pilihan baru. Di samping itu McDonald’s tidak lupa akan komitmennya untuk menghidangkan sumber protein kegemaran ramai dalam resipi yang baru  lagi menarik, terutamanya bagi mereka yang menggemarkan ayam bergril,” tambah Casanova.

Hidangan Chicken FoldoverTM kini ditawarkan di semua restoran McDonald’s di seluruh Negara sehingga 22 August 2012. Ia boleh didapati dengan harga RM8.60 dalam menu a la carte, dan RM9.95 dengan set McValue Lunch dan McValue Dinner medium. Manakala untuk set hidangan McValue Meal pula, ia boleh didapati dari harga RM12.25.

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *