Rasai Kelazatan Ayam Golden Wrap KFC Di Dalam Balutan Istimewa

KFC Malaysia sekali lagi merevolusikan cara menyediakan ayam goreng dengan mengubah ayam goreng kepada cara yang lebih unik dan lazat iaitu Ayam Golden Wrap. Ia dihasilkan dari suku ayam empuk yang diperap dengan adunan Kam Heong bersama jagung manis dan hirisan cendawan butang dibalut dalam kertas khas yang kemudian digoreng sehingga sempurna.Kam Heong diterjemahkan kepada ‘Haruman Emas’ dalam dialek Kantonis.

Dengan slogan ‘Bila Ianya Dibuka,Kelazatan Pasti Dirasa’, perkara pertama yang akan anda semua alami adalah aroma yang memikat serta membangkitkan selera. Pelanggan boleh mendapatkan Ayam Golden Wrap Kombo A dan B kedua-duanya pada harga RM11.55. Kombo ini termasuk satu Ayam Golden Wrap,satu minuman berkarbonat dan hidangan sampingan ‘whipped potato’ bersaiz sederhana dan roti ban untuk Kombo A atau satu ‘Colonel Chicken Rice’ untuk Kombo B. Pelanggan juga boleh menukar secara percuma untuk minuman Revive bersaiz besar dengan pembelian kombo individu. Ia juga boleh didapat didalam ‘Celebration Bucket’.

Ayam Golden Wrap KFC kini boleh didapati di semua cawangan KFC selagi stok masih ada.

 

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *